1

From London with Love....

Posted by PonMan on 5:43 AM

So skrg nie, aku cuba luangkn masa coretkn psl my life in London… smua org tau, London nie bandaraya besaq… 1st time aku jejak kaki London Heatrow Airport, aku rasa mcm x caya ja aku smpai gk kat bumi England nih… masa aku smpai tue sejuk gk ar, dh la night flight smpai 12 jam..huhu, turun transit plak kat Dubai dulu..

Mula2 detik aku nak flight tue, aku ingt semua ok la, tapi lain plak jadi… emosi smua x leh tahan… mak n tok aku dh ngis dh, mcm x kasi aku pi ja… huhu, maklumlah nie la 1st time aku merantau area Europe alone… x habih2 aku peluk mak n ayah aku…smpai serba salah aku dibuatnya, smpai kat pintu imigresen tue rasa mcm x mau pi ja, nk ikut depa balik ja…huhuu

Tapi apakan daya, London kata mari, KL kata pergi, namun negeri jelapang padi hijau kuning tetap tersemat dihati aku…. lagipun aku dah pikir n tentukn masa depan aku…so aku anggp nie la satu pngorbanan besar sbgai seorg anak… disinilah karier n future aku berkembang n bakal menentukan masa depan aku…

ok, stop dulu sat bab sedih2 nih… 1st time aku smpai london nie, aku bertemu dgn housemate yg baik2 blaka n kami stay kt rumah kedai kat area sherperd bush… x sgka kat sini byk kedai makan halal, org pakistan laa byk, so bab mkn aku x yh ar risau sgt.. tapi apa2 pn aku ttp miss masakan utara n lbih2 lg masakan mak aku… pergh…

mula2 pengurusan masa aku x brapa betui lg, ikut jam msia lg..huhuu, 1st night aku tido 15jam…haha mybe letih kot dok dlm flight lama sgt.. dekat smggu tue baru ok n leh suaikn diri.. x sgka kat london nie malam sat saja… pukul 9mlm mcm waktu mahgrib kat msia pastu kul 4pg dah mcm waktu subuh…so bygkn arr…

dok london nih mmg ar best, bkn takat pi jalan2 tmpt2 yg wajib dikunjungi ja, tp cuci mata skali lihat the beauty of minah saleh yg seksi hahaha.. hari2 cuci mata beb… tp yg x best tue smuanya mahal la…. 1 pound = RM7 lbh kurg… huhu kena btui2 jimat ar… paling buat duit poket aku kering cepat beli pas mgguan naik tube arr 23 pound smggu..huhu…nsb baik leh cover balik….

pastu ada kesempatan sat pi manchester, lawat umah kwn housemate aku, best la gak, mcm x caya akhirnya aku pijak kaki ke std keramat manchester united, old trafford…huhuhu tringt plak kat std darul aman… paling best tue leh tgk skuad manchester training lg utk final FA Cup…. kat manchester, ramai gk arr melayu… siap ada pertubuhan UMNO manchester lg…huhuhu.tp sini living dia better skit ar dr london, x der arr rasa semak perut sgt…. klu x, asyik nmpk org dok rushing ja nk pi mana2 pn… restoran melayu pun ada gk kat sini…smpat gak la pekena teh tarik 1 pound…hahha…


Untuk pengetahuan semua, aku tiba di London lewat sebulan daripada tarikh asal yg patutnya bulan Mac dulu, tapi disebabkan kekusutan yg sngaja melengahkan masa myebabkan proses visa aku trsangkut… dah 2 kali apply baru dapat, tue pun lepas pi interview baru dia kasi, kalau x aku mmg nak ban trus UK nih…. dah la ceroboh negara org x pa plak, x yah pakai visa pun…heheh nak ceroboh negara depa ikut saluran yg betui pun susah…

So, disbbkan kes tue, aku hnya dpt belajar separuh jalan saja… smpai2 saja, tgk2 smua org dh mula dok buat something dan ada progress… aku plak baru dok trkapai2 apa yg perlu aku buat utk projek kali nie… so smggu slps tue, baru aku tau my new task for my multimedia project is to create 30 second video advertisement and interactive cd-rom utk promote Visit Malaysia 2007 campaign…

Mula2 aku rasa mcm nak give up jer, psl yer la dah la dtg sini dkt sparuh jalan, x tau mana kepala ekor..dah kena buat mcm2… 3 projek skali aku nak kena cover dlm 1 masa… Mission Impossible… aku trpaksa mulakan dgn langkah kaki kiri…smuanya x brapa kena… aku pun hmpir2 give up, rasa mcm nak balik jer Malaysia..huhuhu

seminggu slps aku smpai n tahu ttg tugasan aku, aku trus diserap n join kumpulan bersama I’deal Corporation ( projek nie ala2 mcm rancangan The Apprentice) huhu…best la jugak dpt merasai mcmana kita hdp n bekerja sbgai 1 kumpulan… tp tue la bg aku, keja individual lbh mudah brbanding dgn team work nih.. sbb bkn smua org mmpunyai cara n pmikiran yg sama… bkn 1 kepala la katakan… kdg2 aku pun naik frust la jugak kan, sbb sometimes i feel mcm aku ni diprmain n diprgunakan saja… smua apa yg aku cuba buat n ikut hasil idea n kreativiti nih smua salah… tp apakan daya majoriti wins la kan… cuma kdg2 aku sndiri trpaksa ambil risiko dgn tindakan aku utk mmpertahankn hak n perjuangan aku… coz i know what i’m doing.. aku bukannya boneka n suka sgt ikut telunjuk org… pahit manis yg aku tmpuhi nie sama saja apa yg dilalui oleh peserta2 the apprentice… nie la 1 pglmn yg paling berguna utk hidup aku…

deadline smakin hmpir, alhamdulillah finally i can manage and handle to finish all of my works before meet the deadline… aku pun x sgka kerana sblum nie aku sgkakan ianya diluar kemampuan aku utk siapkan 3 projek dlm 1 masa, tapi atas berkat kesabaran n ciri2 self motivate yg aku miliki sejak dari kecil, aku berjaya…

skrg tibalah saat2 paling getir dlm hidup aku n juga masa dpn group aku… Presentation day dimana smua hasil projek2 group aku akan dinilai oleh panel2 juri yg trdiri drpd org2 trpenting dlm syarikat2 besar di serantau UK mgikut sektor dan bidang masing2…

Aku x peduli apa yg dikomen mgenai group aku, tetapi bg aku adalah satu kepuasan apabila semua panel2 juri amat suka dan berpuas hati dgn hasil kerja aku serta tertarik dgn cara aku hasilkan iklan utk promosi malaysia… alhamdulillah, even we lost to be 2nd but i’m still proud of myself n my work… akhirnya risiko yg aku tanggung slama nie, dibayar dgn seribu kepuasan dan kebanggaan… inilah yg aku pelajari… x semua apa yg dikatakan @ mgikut telunjuk org tue betul, kdg2 kita perlu ikut dgn kehendak n naluri hati diri kita sndiri… klu anda rasa yakin dgn apa anda buat, truskan saja… jgn pndg belakang…. bg aku, aku tetap menang wlupun group aku tewas… kalau aku dah boleh memenangi hati para panel, confident aku makin tinggi utk berjaya… these are the key of every success…

Sekarang aku ada falsafah baru dlm hidup aku:

"You can attack my heart, you can steal my soul but you will never get my spirits and desire to win…"

I’m proud to be myself and will be the next apprentice…


0

Sypnosis Perihal Diri PonMan

Posted by PonMan on 5:32 AM

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. (beranilah cuba)
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang. (yer, tak kiralah sapa2 pun kawan, awek, famili, musuh ke semua sama, no compromise)
* Tinggi daya simpati.
[mmg pun, kdg2 aku sendiri sedih sebab tgk org2 miskin, susah dan menderita, sbb tue aku nak berjaya nak bantu mereka]
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.

0

Perihal Diri PonMan

Posted by PonMan on 5:11 AM
Cerita ini adalah berdasarkan sejarah hidup dan pengalaman hidup yang pernah dilalui dan bukan sekadar rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan mana-mana yang terlibat secara tak langsung dalam drama ini….

Saiful Aziman bin Mazlan, itulah nama yang diberikan kepada putera sulung yang dilahirkan pada 26 Julai 1986 di Wisma Klinik Kang, Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah (berdekatan dengan rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir). Nama ini diberikan yang membawa maksud "Pedang Keazaman" yang disimbolikkan sebagai rahmat kurniaan Ilahi dan membawa tuah kepada pasangan Mazlan bin Darus dan Norizah bt. Ibrahim.

Aku membesar di pekan kecil yang suatu ketika dahulu menjadi kawasan Parlimen Tun Dr. Mahathir sendiri, iaitu di ibu daerah Kubang Pasu, Jitra yang menjadi tempat permulaan bagi aku untuk belajar erti kehidupan. Aku menjadi anak tunggal hampir 10 tahun, pada usia aku 7 tahun, aku kehilangan seorang adik kesayangan aku, Safuan Nor kerana dilahirkan tidak cukup bulan. Aku sangat sedih kerana aku hanya dapat merasai status seorang abang cuma sedetik dan masih tertanya-tanya apakah salah adik aku sehinggakan dia tidak berpeluang untuk melihat muka abangnya sendiri yang sekian lama menanti. Namun aku pasrah dan redha, mungkin tuhan lebih sayangkan dia. Walaupun sedih, aku tetap bersyukur adik aku tue bakal dijadikan ahli syurga kelak. Tapi tidak lama lepas tue, aku dikurniakan 2 orang adik lelaki, Mohd Sofiyuddin dan Syamil Aiman. Kini, aku dah ada teman di rumah, ada tempat nak bermanja dan bermain….

Aku mula dapat ilmu di tadika ABIM dan KEMAS yang mengajar aku asas agama, nombor dan huruf. Lepas tue, aku masuk darjah 1 kat SK Jitra, tapi kejap jer la, aku tukar ke SK Sultan Ahmad Tajuddin sampai darjah 6. Masa sek ren, aku nie memang pendiam, cakap pun dgn kawan2 rapat lelaki aku jer, pewatakan aku pun org ckp mcm org lurus bendul…. maybe betul kot sebab dulu aku selalu kena kacau dgn perempuan…. mcm2 aku kena dgn depa (versi utara) / diorang (versi KL)…. tapi aku sabar jer la….sampai satu masa, aku dgn geng aku perang besar dgn depa (battle of the sexes)… masa exam pun, kami buat2 jer la minta maaf olok2 depan cikgu2, tapi lepas tue perang balik laaa…. dulu aku selalu kena kondem dgn depa nie, maklumlah aku nie dapat markah kurang sikit dari depa tue… tapi masa result UPSR keluar, fuh dgn aku2 skali meletup…. yer la terkejut jugak la tgk result aku mcm tak percaya ja… masa trial dapat 1A 4B jer tapi kali nie dah terbalik pulak 4A 1B… famili aku pun mcm tak percaya jer…aku pun ingat silap nama ke silap cetak ke….tapi dah betul, syukur jer la…. akhirnya aku leh dok sama rendah, berdiri sama tinggi… walaupun memang fizikal aku pendek (dlm kelas)….. aku dulu memang minat melukis…semua pertandingan lukis ke warna aku masuk jer, menang pun byk kali gak la…heheh tue yg buat depa jeles tue…

ok, lepas tue, aku sambung studi kat sekolah agama, Maktab Mahmud, Alor Setar (dekat jer dgn tempat kelahiran aku)…. kebetulan pula, tok aku bekas guru kat situ… so ramai yang tau aku nie cucu hj. ibrahim…. generasi ke-3 yg menuntut di sek yg sama selepas tok dan pakcik aku…kelas aku waktu nie semua lelaki…lega tak perlu berperang lagi dengan spesies dulu….. tapi kejap jer la aku studi kat situ….nak tau sebab apa….x bole tahan oooo…. aku gagal 1/2 daripada semua subjek yg aku ambik kat situ… lebih2 lagi subjek agama… aku tau aku dah malukan tok aku, tapi aku dah buat apa yg aku mampu…. so aku ambik keputusan nak tukar sekolah… aku tak sanggup lagi nak tambah bahang gagal aku kat situ… buat malu kat tok aku lagi ada la….aku pun serba salah gak nak keputusan tue tapi aku kena fikir kalau aku terus mcm tue, masa depan aku dah malap…aku tau dan sedar yg aku dah kecewakan tok aku, walaupun dia tak marah tapi reaksinya aku dapat memahami, cara dia sindir pun memang pedih…aku tau dialah org yang paling gembira bila aku belajar kat situ…. so bila dah jadi mcm nie, dia dah hilang yakin kat aku, aku tau bukan salah dia tapi salah aku..maybe aku tak dilahirkan dapat kuatkan daya ingatan dan hafazan sebab aku dulu mula dididik bukan di sekolah pondok, tapi pendidikan formal.. so aku pun tekad kalau aku pindah nanti aku ubah tanggapan negatif dia kat aku…. nak bina keyakinan semula…. so aku anggap jer sebagai cabaran….

ok, aku pindah ke SMK Jitra pada 25 Julai 1999, iaitu sehari sebelum usia aku genap 13 tahun…. masuk aliran agama gak kelas 1 Fathonah…. tak sangka dapat jumpa balik geng2 lama dulu… geng musuh ketat aku pun ada gak, satu kelas pulak tue…alamak….dah la 2 kelas jer, geng lelaki pulak hampir pupus dulu…. x per la, studi punya pasal semua tue buat bodo jer dulu…. Masa form 2 (kelas yg sama), aku pun berdepan dengan perang gak la, tapi aku bukan jadi dalang punca perang nie berlaku, cuma watak sampingan sebagai peguambela pada kawan aku sorang nie hah, ada krisis dalaman dengan budak lelaki yg bermasalah….aku cuma tegakkan apa yg benar jer, last2 aku jugak sangkut sekali…dah nasib kot… maybe aku ditakdirkan untuk berdepan dgn musuh sejak dari kecik….

Ok kat SMK Jitra pulak, bermulanya perwatakan dan personaliti aku daripada seorang yang pendiam, asyik kena buli dgn budak perempuan, terus jadi periang, ramah, dan tegas sikit…. ok masa tue, aku dah mula berjinak2 dengan aktiviti kokurikulum….coz kat sek ren asyik pegang buku dok rumah jer… x tau apa pun… tapi kat sek men, aku mula aktif dalam kegiatan persatuan pusat sumber, skuad IT dan Briged Cyber….

Apa beza skuad IT dan Briged Cyber? Sebenarnya sama jer… tapi Bridged Cyber adalah badan beruniform yang tak perlu berkawad tengah2 panas terik…. Skuad IT pulak mcm kelab komputer la… yang lawak tue, aku sendiri pun tak tau status aku dalam kelab mana sebenarnya, sampai berebut ada yang kata aku nie ahli Skuad IT , sorang lagi kata Briged Cyber… kecoh tue…. tapi bagi aku, semua tue tak kisah sgt sebab fungsi kedua-dua kelab/badan tue sama jer… tapi yang bestnya, kat situ banyak pengalaman aku yang tak dapat dilupakan dan tak pernah terlintas untuk dapat ilmu2 extra nie… nak tau apa? aku dengan kwn2 sekelas aku dok berkampung dan bermalam dalam malam komputer tue mcm rumah kami yg kedua…. biasalah diberi tugas nak menyiapkan projek vcd dokumentari sekolah… sempena pertandingan 3K peringkat kebangsaan.. best byk kenangan menarik masa tue… kami semua kerja sampai awal pagi, tak tido pun ada… buat keja sampai berminggu2 tak masuk kelas….hehehe…masa nie la kami satu team jadi bahan sasaran blacklist sekolah… dah la tak masuk kelas , exam pun kantoi… so apa lagi…kena sound la… mula2 kami nie mcm wanted geng dlm sekolah…tapi nasib baiklah pengetua, Paklah (Abdullah Md Yunus) dan PK (Latipah) backup kami, coz hanya mereka lah saja yang dapat memahami situasi kami sebab mereka sendiri meluangkan masa setiap malam, kadang2 tolong sediakan makan malam kat kami….tq cikgu… lagipun kami lakukan sumbangan untuk sekolah… heheh selamat… tapi best coz masa nie la aku dapat pengalaman berguna yang x mungkin semua org dapat, bayangkan la org lain semua dok dlm kelas belajar jer, kami pulak buat mcm shooting filem, mcm keja dlm studio… best… masa nie la semangat aku membuak2 nak ceburi bidang nie nanti, nak buka studio animasi aku sendiri mcm Disney, Warner Bros..

Selain aku mem’buang’ masa aku dgn kelab tue, aku juga terpaksa ‘menyibukkan diri’ di pusat sumber, yelah aku dah dilantik jadi Ketua Pengawas Pusat Sumber untuk 1 1/2 tahun…. so tugas aku sebagai ketua, tak boleh diketepikan mcm tue jer, sebab aku tau, aku dah diamanahkan untuk tugas tue dan dapat sokongan ahli2, so aku tak leh la hampakan mereka….hehe.. masa nie la aku mendekatkan diri dgn pusat sumber, baru boleh baca buku,studi group kat situ….aku pun dah mula tegas, sebab kalau tak ramai yg pijak kepala aku susah…. masa nie, aku boleh la dianggap glamour la tapi bukan sebab pandai akedemik tapi bab2 pc nie semua serah kat aku la, dari pak guard jaga pintu sekolah sampai ke pengetua….fuh tak sangka aku…. sejak tue, ada orang tak tau nama penuh aku, tapi semua tau nick name aku "PonMan" singkatan kepada Saiful Aziman… dan ada lagi singkat lagi sebab sebagai status aku seorang ketua dan berpengaruh kat sekolah, PM yang kebetulan idola aku masa tue Tun Dr Mahathir sendiri semasa jadi PM…. masa form 3 hingga form 5 la bermulanya virus aku merebak ke satu sekolah : "PonManiac"… haha best… ok masa form 4, aku ambil aliran teknologi maklumat sebab aku minat sgt dengan IT, bagi aku kalau sehari tak sentuh keyboard, aku tak leh hidup dgn aman… masa form 4 gak, famili aku berpindah ke Sg Petani, so depa (versi utara) / diorang (versi KL) ingat nak tukarkan aku studi kat sana, tapi aku tak nak sebab aku dah rasa selesa dan seronok kat sini, so aku pun jadilah warga asrama…. so dok asrama pun best gak, mula2 memang la sedih coz berjauhan dari famili kan, nak suaikan diri lagi…lama2 oklah….. hehe masa nie la aku jadi tokey wayang sekolah… malam hujung minggu jer, aku dapat green light dgn idea aku tue nak buat tayangan umum kat budak2 asrama tue… bukan per, aku nie suka buat orang happy, kalau orang happy aku pun happy…. aku tengok malam hujung minggu tak der aktiviti apa pun, semua bergayut kat public phone, muram dan dating malam2 jer…so aku nak la buat sesuatu yg kelainan bagi semua org hepi… but now aku tak tau la mcm mana dengan sekolah aku tue, sedih rasanya… tapi nie yg paling best, aku dapat jadi hos dalam slot hari guru dan malam merdeka….aku jadi hos untuk kuiz yg aku sendiri buat guna skill pc aku so jadi la "Who Wants To Be A Millionaire"…. memang best….

Ok, pertama kali aku terima hadiah kat pentas dalam seumur hidup aku masa form 4, masa hari anugerah cemerlang dapat anugerah kepimpinan dan bakti cemerlang…. dulu aku hanya dok dari jauh dan tepuk tangan untuk orang lain, tapi masa tue, orang lain pulak tepuk tangan untuk aku…. alhamdulillah, aku dah berjaya buka mata dan buktikan kepada semua org termasuk tok aku, dulu mungkin aku gagal but now things changed….

So, lepas jer zaman persekolahan aku tamat, aku kena pulak Program Khidmat Negara (PKN) kat kem Belia Rekreasi Baling dan UUM…. 3 bulan aku dapat belajar mcm2….best… so lepas tue aku minta nak masuk MMU tapi tak dapat sebab salah satu subjek math aku tak kredit, sedih gak la, tapi rezeki datang pula bila aku dapat offer kat Limkokwing University dalam bidang yang aku minat, animasi…. so apa lagi masuk jer la….tarikh daftar pulak kena pada harijadi aku yg ke-18… so memang special sangat… sekarang dah hampir satu tahun aku kat sini, aku pun dah jadi class representive (wakil kelas) now tapi kelas aku nie semuanya hampeh, susah nak kawal… kelas aku paling teruk sekali kehadiran dan prestasi…tapi nasib baik aku tak tergolong dari mereka…masih dapat kekalkan prestasi aku walaupun berdepan dgn banyak dugaan…. kena basuh dgn lecturer jer hari2…. tapi aku tau, semua tue untuk kebaikan aku jugak yang leh jadikan panduan masa depan….




0

Film Mobilementary Kehidupan Pelajar Limkokwing

Posted by PonMan on 10:25 AM



Salam dengan rasa penuh syukur dan sukacitanya disini saya nak maklumkan bahawa projek Film Mobilementary Pertama di Malaysia telah dilancarkan pada hari ini.

Projek ini telah dihasilkan saya bersama ahli kumpulan Fantastic Four yang lain dalam tempoh 3 bulan. Projek ini adalah berkisar tentang kehidupan seorang pelajar Limkokwing University di dua buah kampus dan di dua buah benua yang berbeza iaitu kampus Cyberjaya di Malaysia dan juga kampus London di UK.

Terima kasih atas tunjuk ajar Sifu kami, Max Schleser (pencipta Film Mobile).

This is the first ever Malaysian Film Mobilementary Content produced by a group of students from Limkokwing University, Cyberjaya. This experimental mobile film is about the student’s life in both Limkokwing campus in Cyberjaya and London in two different continents.

Untuk maklumat penuh mengenai projek ini sila layari:

http://malaysia24.blogspot.com/


Copyright © 2009 PonMan Creative Mind All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.