2

Jambatan Melaka - Dumai : Mercu Tanda atau Malapetaka?

Posted by PonMan on 2:56 AM

Apa yang anda bayangkan sekiranya Jambatan Melaka ke Dumai, Sumatera akan siap dibina kelak? Adakah ia memberikan kelebihan kepada Melaka secara khususnya mahupun Malaysia secara amnya atau hanya memberikan kelebihan kepada pihak Indonesia semata-mata sekaligus bakal menjadi salah satu lg mercu tanda atau malapetaka buat Malaysia?

Walaupun idea ini dikatakan telah dicadang oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, majoritinya tak bersetuju. Masalahnya sekarang bukan isu idea pembinaan jambatan ini datang dari siapa, tapi kesan dan implikasi kepada kita kelak.... Adakah kita dah fikir habis Pro dan Kontra nya sehingga ia diluluskan begitu saja?

Cadangan bina jambatan Melaka-Dumai akan diteruskan

12/11/2009 6:08pm

MELAKA 12 Nov. — Cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Melaka dengan Dumai di Sumatera, merentangi Selat Melaka akan diteruskan walaupun ada pihak yang membantah, persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka diberitahu hari ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, pembinaan jambatan sepanjang 35 KM yang melibatkan kos kira-kira RM44 bilion itu akan dilaksanakan oleh syarikat swasta.

"Exim Bank of China dilaporkan telah bersetuju untuk membiayai sehingga 85 peratus kos pembinaan jambatan ini manakala baki 15 peratus lagi disediakan oleh syarikat swasta terbabit,” katanya ketika menjawab usul yang dikemukakan oleh Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) supaya projek pembinaan jambatan berkenaan dibatalkan memandangkan ia tidak praktikal.

- BERNAMA

Jadi mari kita lihat pandangan daripada pelbagai sudut :

Merujuk kepada pandangan Hasbullah Pit:

Sekiranya jambatan itu dibuat, yang menerima kesan adalah penduduk penduduk Dumai dan Melaka. tempiasnya akan sampai ke Muar dan Seremban dan Sepang. Orang Dumai yang sakit Jantung boleh pergi ke Hospital Jantung Swasta Sime Darby yang letaknya di Merlimau. Orang Melaka juga boleh berniaga di Dumai dan sebaliknya. "Pelancongan" automatik bagi kedua belah pihak. Tak perlu Ali Rustam berikan Gelaran Datuk kepada orang Indonesia supaya meningkatkan kedatangan mereka. Tatkala Ekonomi gawat, tetapi masih lagi ada duit. Pembinaannya "sekarang" mampu merancakkan ekonomi. Usah anggap ianya hanya perlu guna duit kerajaan. Kosnya harus ditanggung oleh 2 negara.


Ini pula pandangan salah sorang forumer dalam satu postnya :

Ini akan membuka lembaran baru yang lebih menguntungkan kepada kedua-dua negara melalui pelbagai bidang di samping mengeratkan lagi hubungan serumpun. Cuba bayangkan jumlah penduduk Sumatera yang kini mencecah 70 juta orang dan jika 10 peratus yang datang ke Melaka untuk melancong angka itu mencatat kepada 7 juta orang.Sudah tentu sektor pelancongan di Melaka akan lebih berkembang maju terutama pelancongan kesihatan yang mana kemudahan yang ditawarkan di sini sememangnya menarik minat penduduk di Sumetera. Sememangnya, Melaka menjadi tumpuan pelancong dari Indonesia terutama penduduk Sumatera kerana mereka berasa selesa apabila berada di negeri ini.


Pandangan-pandangan di atas adalah pandangan individu, apa yang kita lihat dan baca di atas hanya berdasarkan Pro semata-mata tanpa melihat Kontra atau pun rasional sedalam-dalamnya lagi.... cuba kita fikir :

1. Adakah perlu orang Dumai yang sakit Jantung boleh pergi ke Hospital Jantung Swasta Sime Darby yang letaknya di Merlimau?

Pandangan saya: Selalunya kalau ada terjadi insiden yang melibatkan nyawa dan kecemasan, selalunya orang akan mencari hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan segera dan menyelamatkan nyawa. Jadi bayangkan sekiranya orang Dumai yang cedera parah perlu dikejarkan ke hospital yang terletak jauh di sempadan negara jiran terletak di Merlimau pulak semata-mata nak dapatkan rawatan. Berbaloikah? Mungkin kemudahan insfrastruktur dan fasiliti hospital di Malaysia lebih baik dari Dumai, tapi sempatkah nyawanya diselamatkan atau hanya mampu dapat bertahan separuh jalan jambatan tue?


2. Mahukah Orang Melaka berniaga di Dumai dan sebaliknya dengan adanya jambatan ini kelak?

Pandangan saya: Rasanya dok negeri Melaka saja pun banyak nikmat dan rezeki dah mencurah-curah kerana banyak pelancong datang sebab Melaka dah jadi tarikan sejarah sehingga diiktiraf sebagai salah satu Kota Warisan Dunia, jadi rasanya tak perlu kot mereka hendak mencari rezeki di Dumai (walaupun tak salah, kerana ia hak individu untuk menjalankan perniagaan di mana2) kerana Melaka saja pun adalah kawasan yang strategik dan selamat daripada kawasan gegaran gempa bumi. Jadi, adakah orang Melaka bersedia mencari penyakit atau ingin merasai 'nikmat' bencana alam di Sumatera dengan meluaskan perniagaan mereka? Rasanya tak berbaloi kot dengan melayangkan nyawa sendiri.



Tapi sebaliknya ia akan menguntungkan orang Sumatera kerana dengan adanya jambatan ini, adalah satu lagi "pelancongan" atau "pelencongan" atau "laluan pintu kecemasan alternatif" nak elakkan daripada bencana alam yang menimpa mereka. Bayangkan, sekarang ini tak ada jambatan pun, masih senang pendatang haram masuk Malaysia melalui jalan laut (ini pun susah nak kawal)...... inikan pula membuka lagi jalan bagi mereka untuk masuk secara haram melalui jambatan ini kononnya 'atas tiket atau alasan pelancongan'.... mungkin lagi mudah keja bagi pihak tekong2 untuk menyeludup apa saja. Mampukah kita mengawalnya apabila jambatan ini menjadi laluan trafik Malaysia - Indonesia nanti?

3. Adakah Indonesia mahu bersama-sama tanggung kos pembinaan jambatan ini atau hanya menjadi lebih teruk daripada Singapura?

Pandangan saya: Mata wang Indonesia sekarang pun nampak tak stabil dan jauh lebih rendah nilainya daripada ringgit Malaysia.... Daripada mereka habiskan dana untuk jambatan ini, lebih baik mereka gunakan dana itu untuk baiki insfrastruktur yang rosak akibat tsunami, gempa bumi mahupun bencana alam yang lain.... dan akhirnya kitalah lagi jadi 'sponsor' kerana kita sememangnya amat terkenal dengan sifat 'pemurah'. Kalau ikut perkembangan semasa, nampaknya hanya China Exim Bank boleh membiayai sehingga 85 peratus daripada kos AS$12.5 bilion (kira-kira RM43.75 bilion) dan selebihnya ditanggung sendiri pemegang kepentingan jambatan itu, iaitu Straits of Malacca Partners Sdn. Bhd., katanya di Seminar Projek Jambatan Selat Melaka di sini. Jadi dimanakah sumbangan Indonesia untuk biayai kos pembinaan jambatan ini?

4. Adakah dengan adanya jambatan ini akan membuka lembaran baru yang lebih menguntungkan kepada kedua-dua negara melalui pelbagai bidang di samping mengeratkan lagi hubungan serumpun?

Pandangan saya: Ya, ia akan menguntungkan kedua-dua negara. Tapi sejauhmana keuntungan itu memberikan kebaikan kepada kedua-dua negara ini? Bagi Malaysia, mungkin hanya nampak keuntungan dari segi ekonomi, sama ada dari segi aspek Pelancongan atau Pengangkutan.... tapi apa yang saya lihat disini,
trafik di atas jambatan itu dianggarkan kira-kira 15,000 kenderaan dan caj tol setiap kenderaan boleh dikenakan antara AS$75 (kira-kira RM262.5) hingga AS$85 (kira-kira RM297.5).

Balik-balik Tol lagi.... Nampaknya rakyat Malaysia sendiri bakal dibebani lagi dengan tol. Berapa banyak dah tol di Malaysia sekarang ini? Memang ianya satu pelaburan yang menguntungkan bagi pihak kontraktor dan pihak yang ada 'share' atau kepentingan dalam projek ini kerana tiap-tiap hari ada 'income' tambahan.... Tapi sedar atau tidak, ekonomi ini jugalah mungkin ada malapetakanya. Bayangkan sekiranya kita asyik leka dan tenggelam dek hujan duit yang melimpah ruah ini sebenarnya bakal menggadaikan nyawa rakyat sendiri seolah-olah kita biarkan negara kita dijajah semula hanya semata-mata kerana duit.


Bayangkan sekiranya puak2 anti-Malaysia yang gelarkan diri mereka BENDERA ini yang begitu tekad dan bersungguh-sungguh sekali untuk hapuskan rakyat Malaysia dalam kempen GANYANG (SWEEPING) MALAYSIA ini mengambil kesempatan dengan menyamar dan gunakan jambatan ini sebagai laluan utama untuk memberontak dan membuat onar di negara kita? Mungkin anda sendiri pun tak terfikir bukan tentang kemungkinan ini? Tapi seperti cakap orang tua-tua, beringatlah sebelum kena.

5. Adakah dengan adanya jambatan ini mengeratkan lagi hubungan SERUMPUN?

Pandangan saya: Sebelum kita pergi lebih jauh, saya ingin bertanya adakah kita faham apa makna itu Serumpun? Adakah rakyat Indonesia terutamanya puak BENDERA ini faham apa maknanya? Bagi saya, serumpun ini boleh diibaratkan sebagai sama atau dua beradik. Dan selalunya dalam satu keluarga, akan ada persamaan bergantung kepada cara hidup dan sosioekonomi keluarga tersebut. Jadi, ia sama juga bagi negara yang gelar sebagai serumpun ini. Oleh itu, rasanya tak patut puak BENDERA dan media Indonesia ini menjadikan isu 'curi' , 'ciplak' atau apa2 saja istilah yang menggambarkan keburukan Malaysia hanya kerana kita miliki nilai budaya yang sama.

Kalau Indonesia boleh bangga dengan Wayang Kulit dan Batik, Malaysia pun ada juga unsur yang sama... kerana kita serumpun ma!!!! Jadi tak puas hati apanya lagi? Jangan lupa, banyak juga rakyat Indonesia sekarang dah jadi mastautin tetap di Malaysia melalui perkahwinan dan persaudaraan, sudah tentu mereka akan turunkan ajaran dan adat budaya asal mereka kepada anak-anak mereka yang automatik jadi rakyat Malaysia. Jadi Lu Mengerti La Sendirik.... Apalah nasib dengan Malaysia yang dah dilabel macam-macam oleh jiran 'serumpun' kita nie? Nampaknya kita amat 'terpedaya' dengan perkataan serumpun ini, dalam masa yang sama kita tolong mereka hantar bantuan bencana alam di tempat mereka dan di negara kita sendiri pun kita tolong wujudkan peluang pekerjaan dan rezeki yang banyak, tapi nampaknya balasan 'buluh runcing'lah yang diberi oleh Indonesia kerana "Kita Serumpun"......


Kesimpulannya, ingatlah dan fikirkanlah baik buruk terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan sebelum terlambat. Mungkin sekarang kita boleh berbangga jambatan ini bakal menjadi mercutanda baru kerana mungkin bakal jadi jambatan terpanjang di dunia tapi lewat kelak kita bakal ditimpa malapetaka. Adakah kita sanggup gadaikan nyawa rakyat dan maruah negara kerana keuntungan ekonomi melalui jumlah kutipan tol yang tinggi? Adakah kita perlu tunggu keadaan seperti dibawah ini terjadi baru nak sedar? Bayangkan jika laluan jambatan ini dikuasai dan disekat oleh puak2 BENDERA yang mahu BERJIHAD hapuskan MALAYSIA ini.... Renung-renungkan....



2 Comments


Bg aku, ia lebih kpd mmberi kroni2 BN projek besar.. Aku stuju dgn ang, Melaka tnpa jambatan dumai 2 pn memg berlonggok pelancong dtg.. dtambah pulak dgn low-cost airline yg bwk diantara kedua2 negara ni, especially firefly n airasia. so memg murah nk dtg ke Malaysia! xperlu jambatan begini! duit trsbut bleh disalurkn utk mmbangun kn kawsn lain di melaka, n juga mngurangkn kadar kmiskinan ~ Peace


setuju... lebih kepada projek untuk menambah poket puak2 kroni jer....

Copyright © 2009 PonMan Creative Mind All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.