3

Milik Siapakah Gadis Ini?

Posted by PonMan on 4:35 AM
Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakahkan terdaya

Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi

Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih (suci)
Siapakah gadis yang ku idam...




Tiba-tiba aku teringatkan lagu nostalgia nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad ini apabila aku dengar di radio semasa aku drive kereta aku dalam perjalanan aku pulang ke rumah. Sebelum aku menceritakan apa kaitan lagu tersebut dengan topik yang hendak aku bincangkan kali ini, aku ingin mengucapkan jutaan minta maaf sebab dah lama tak update blog aku angkara kesibukan tahap melampau dengan perjalanan karier hidup aku sebagai anak seni. Sampaikan sedar atau tak, rupanya kita berada di penghujung tahun 2010. Aku baru perasan yang kali terakhir aku update blog aku nie pada bulan Mac 2010.... sungguh cepat masa berlalu kan... Tapi jangan risau PonMan sentiasa share the moment yang best dengan korang disini kan....

Namun untuk posting aku kali ini, adalah 'buah tangan' yang teristimewa dan ditujukan khas untuk insan yang 'teristimewa' sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21 pada 5 Disember 2010, iaitu tepat pada jam 12 tengah malam ini.

Sebagaimana anda semua tahu, aku ini yang telah mendapat gelaran 'Lelaki yang penuh dengan kejutan'.. jadi apa yang aku cuba sampaikan disini juga mungkin adalah satu kejutan juga bagi anda semua. Tapi jangan risau kerana setiap apa kejutan yang aku nak sampaikan dalam hidup aku ini, adalah hanya berkisar tentang kehidupan aku semata-mata dan tiada kena mengena dengan insan yang terlibat dalam cerita ini. Namun sebelum ada yang diantara anda yang akan salah faham tentang kejutan yang hendak disampaikan ini, biarlah aku jelaskan bahawa setiap kejutan yang berlaku adalah kerana kekuasaan Allah swt yang memberikan petunjuk kepada hambaNya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Dia lebih berhak menentukan. Oleh itu, aku ingin memohon maaf seandainya kenyataan mahupun luahan hati aku ini bakal mengguris mana-mana pihak, kerana sesungguhnya aku adalah hanya insan yang tak terlepas dari melakukan kesilapan dan segala apa yang berlaku telah ditentukan olehNya.

Sebagai pembuka cerita untuk topik hari ini, mungkin ramai yang bertanya gambar siapakah yang aku upload dan letak kat blog aku nie kan dan apa kaitannya pula dengan cerita aku nak sampaikan nie kan? OK tanpa membuang masa, marilah sama-sama kita hayati dan dalami moral of the story dalam cerita ini.


Setelah hampir setahun aku memulakan karier sebagai video editor di CST Production, banyak pengalaman suka duka yang aku dah lalui. Daripada sebagai seorang pelajar kepada graduan dan kini telah mempunyai karier sendiri, kesibukan aku terhadap kerja telah sedikit sebanyak membuatkan aku rasa masa aku untuk bersosial dan bersuka-ria bersama teman2 dan insan yang tersayang sedikit terhakis dan berkurangan. Mungkin kerana aku telah dilahirkan dari golongan famili yang sentiasa kuat bekerja, maka darah keturunan telah mengalir dalam tubuhku sehingga menjadi seorang yang 'WORKHOLIC' dan sentiasa utamakan kerjaya daripada segalanya. Bukanlah aku ini terlalu mengejarkan KEMEWAHAN tetapi apa yang aku ingin kecapi hanyalah KESENANGAN dan juga KEPUASAN dengan apa yang aku usahakan selama ini, kerana bagi aku, KEPUASAN adalah satu bentuk nikmat yang perlu dirasai setelah kita menuai hasil daripada berkat usaha kita bekerja selama ini. Jadi, dalam konteks bidang aku ini, kepuasan pelanggan or client terhadap hasil kerja video aku amatlah menjadi keutamaan. Bukan senang untuk memuaskan hati client kerana setiap client ada perangai dan citarasa dia sendiri.... Tapi Alhamdulillah, lama-lama aku dah dapat suaikan diri dan sentiasa memenuhi kehendak client kerana "Customer is always right"....


Tapi dalam kesibukan dan ketaksuban aku dalam mengejar karier dan suasana bekerja ini, aku mula tersedar, bahawa aku nie tak boleh terus hidup dalam keadaan begini tanpa meluangkan masa bersama kawan2, teman dan juga keluarga. Mana taknya, setiap kali aku balik keja hari dah pun lewat malam dan kadangkala aku banyak habiskan masa tido di ofis dan studio jer.... biasalah buat keja OT nak cari duit lebih, daripada aku dok saje kat rumah tak dapat apa2 kan.... Hurm, tapi sedar atau tidak, akibat kesibukan kerja inilah sebenarnya membuatkan kesihatan aku sedikit terganggu akibat keletihan dan aku terlalu banyak kerahkan kudrat dan tenaga aku sepanjang aku berkerja seharian. Macam enjin kereta juga lah, kalau asyik berjalan tanpa matikan enjin, tentu jadi terlebih panas dan akan rosak. Sampaikan mak ayah aku pun dah bising..... Sampai bila aku perlu terus hidup dalam keadaan begini kan? Dan macam biasalah banyak lagi skrip2 dan ayat2 wajib dalam istilah membebel akan kedengaran kan....Tapi aku buat tak endah jer....hehehe....


Sampai satu masa, tiba-tiba adalah satu soalan cepuemas mak aku tanya,

"Apa kata Saiful take a break jap, cuba la berinteraksi dengan orang lain sama... asyik keja jer....hang tak dak pikir nak kawin kah? Nie mak ada kad jemputan kawin kawan hang nie, dia dah menikah, hang bila lagi nak tunggu?" Jeng3......

Aku macam biasalah bagi jawapan spontan dan selamat, "Ala mak, la nie cek busy sgt, masa bila nak berkawan? Kalau ada pun jarang2 la jumpa... Lagipun cek belum kumpul duit dan ready nak kawin lagi.... Nak sara bini dengan apa nanti? Anggap jelah belum sampai seru lagi... sabaq yer...."

Dan macam biasalah dengan karenah famili aku, kalau aku bagi je bola lambung seperti dlm permainan badminton, dah tentu mak aku akan terus smash dan matikan permainan terus.... maka keluarlah pula ayat ni," Hurm kalau dok asyik kumpul duit saja, sampai ke tua pun takkan habis, sampai bila pun tak kawin..... Kalau dok tunggu seru ang sampai, memang tak dak tanda seruan dah la, meh mak nak bagi noktah buang... Mak jelah carikan kat hang....senang citer, hang tak payah pikiaq dah... hang keja jela macam biasa...."

Dan macam biasa jugalah dalam perlawanan badminton, akan dimulakan dengan servis baru...lalu aku menjawab "Hurm suka hati mak la.... Carila calon sapa2 pun... Aziman tak kisah! hehe.... Kalau mak nak suruh cek cari, cek mmg ada ramai kawan pun, pilih ja nak hat mana.... hat dok kat London, Afrika, Arab ka semua ada, cek kenai kat kampus lagi...." Saja ja aku nak perli mak aku.....

Belum sempat aku habiskan ayat, mak aku dah mencelah, "Ish, buat apa nak cari hat jauh, cari hat dekat sudahlah.... dok satu negeri lagi senang nnti nak balik kampung masa raya ka, tak payah berebut kereta nak balik dah".....

Lalu aku pun menjawab dan perli lagi, "Haa takpa mak, bukan takat nak cari hat satu negeri je, nak cari hat satu daerah ka, satu kampung ka, satu TAMAN pun boleh..... bagi ja sapa pun, cek nak tgk mak boleh cari ka tak?" Haha saja la aku mencabar mak aku sebab aku ingat, dia akan paham la yang aku saja nak elak dok bincang benda tue secara serius... tapi ternyata sangkaan aku meleset, terus dia sahut cabaran aku.... hurmmm, memang keturunan aku nie pantang dicabar rupanya....hahaha....

Dan bermula daripada menyahut seruan dan cabaran itulah maka terciptalah satu babak baru dalam hidup aku..... Namun semuanya bermula apabila aku muncul dalam rancangan tv, In-Trend di TV2 pada 17 Oktober 2010....





Aku ada maklumkan kat mak aku suruh tengok rancangan TV tue.... dan pada tarikh 17 Oktober 2010, aku ada hubungi mak aku supaya dia tak terlepas tonton tv tue.... dan pada masa yang sama tanpa aku ketahui, rupa2nya mak aku pi tengok rancangan tv tue kat rumah si gadis R (bukan nama sebenar...hehehe) bersama dengan famili dia.... Aku tak taulah apa sebenarnya berlaku masa tue sebab aku ada kat KL, mak aku ada kat Kedah.... so aku tak leh nak ceritakan situasi sebenar..... tapi apa yang aku tau, pada malam tarikh yang sama, mak aku pun telefon dan bagitau dia dah cari jodoh untuk aku dan suruh aku berkenalan dulu tengok berkenan ke tak.....


Hurmmm, aku pun xmampu cakap apa2 dah la sebab aku ingat aku main2 ja, tapi memang mak aku yang dah mulakan langkah serius.... jadi tak apalah, aku ikut je kemahuan dia, nak jaga hati la kononnya kan.....so elok saja aku habis cakap, aku pun buat rutin harian macam biasa la, surf internet dan layan facebook dlu.... then macam biasalah, mesti ada wall post dan request new friend kan... so aku take time dan tengoklah satu2.... dalam banyak2 request tue, ada satu individu nie aku tgk page dia lama sikit.... bukannya apa, aku agak terkejut la bila tgk page dia, muka macam penah tgk, tapi masa tue aku pun baru perasan la ada gambar rumah dia, macam satu taman aku ja, tapi aku tak pernah kenal pun.... so aku terus nak tau lebih lanjut sape dia tue, aku view la semua gambar2 yang ada.... then aku dah dapat clue yg ke-2.... mmg comfirm satu taman, dah anak auntie Fairus (antara kawan rapat mak aku la dalam taman aku tue).....dan rumah dia mmg tak jauh pun dari rumah aku..... mana taknya, kalau nak pi rumah aku, kena lalu pintu guard sebelah rumah dia dulu....hahaha...

Sekarang nie, nak bagi cerita aku lebih menarik.... aku nak mulakan lak babak episod lawak dalam citer nih.... selepas aku view profil dia dan approve dalam FB, aku pun tanya la kat mak aku balik, " Tadi mak tengok rancangan TV tue, dengan sapa lagi dan kat mana tengok, kat kedai ke kat rumah?" Pastu mak aku pun menjawab, "Mak tadi tengok kat rumah auntie Fairus, ada hal sikit nak bincang dengan dia, kebetulan time tue Saiful masuk tv, mak minta la kat dia suruh buka siaran Saiful ada tue...."

Hurm apa lagi, memang sah dan logik la kenapa tiba2 je anak auntie Fairus tue add kat FB aku... tapi aku tak tau la pulak individu yang add aku tue, adalah bukan insan yang mak aku maksudkan untuk dijodohkan dengan aku.... Aku jadi keliru sekejap, sebabnya selepas dia add kat FB aku, aku sajelah mula berkenalan dengan dia dulu dan kebetulan pula dia study dekat jer dengan area ofis aku keja dulu..... so sampai satu masa nie, aku ada kesempatan untuk berjumpa dengan dia dan kawan2 dia atas urusan kerja.... masa tue la aku baru kenal dan dapat face to face dengan anak auntie Fairus nie..... then malam tue, mak aku call lagi tanya, sama ada aku dah berkenalan dengan Ruby (nama singkatan anak auntie Fairus)...... Aku pun cakap baru jela jumpa tadi, tapi aku tanyalah kat mak aku kenapa nak kenalkan aku dengan anak dia sedangkan anak dia baru jer 19 thn, tak habis study lg....




Masa nie berlakulah kekeliruan....mana taknya, rupanya baru aku tahu 3 orang anak auntie Fairus semuanya bermula dengan nama Rubi didepan.... Yang aku berkenalan ini adalah Rubinna (anak ke-3) , tapi yang mak aku cuba jodohkan ini adalah RUBITTA (anak ke-2)!!!! Haa sudah.... Panik aku dibuatnya, lawak pun ada gak... bengong betul la aku nih.... boleh plak tersilap orang yer...hehehe (jangan marah yer orang tue) Segala kesulitan amatlah dikesali!!!

So tak apalah, aku nie jenis belajar dari kesilapan katakan...hehe... so lepas aku tahu hakikat sebenarnya, aku pun terus check la FB insan yang bernama Rubitta nih.... mula2 tak jumpa, tapi atas kebijaksanaan adik aku yang bongsu merangkap orang tengah antara aku dengan Rubitta nih, dia la yang bagi jalan.... dia siap bagi link dan no hp Rubitta nie lagi, aku pun terkejut gak la macam mana dia dapat no semua nie, hebat betui!!! Tapi aku rasa aku save dulu jela no hp dia, tapi malas nak call or msj dia lagi.... masa tue aku pun tak kenal dia lagi, jadi agak susah la untuk aku terima dan nak mulakan langkah....



Bila dah tengok FB dia, Subhanallah cantik sungguh dia.... nak describe secara detail pun susah tahap kecantikan dia tue, tapi kesimpulannya bagi aku, memang aku rasa sejuk mata memandanglah, bila tgk je gambar dia, hati aku rasa tenang jer.... dengan penampilan terbaru dia pakai tudung pulak, memang taste aku la dari dulu.... dalam masa yang sama aku dok bisik la dalam hati, "Pandai gak mak aku cari yer....Macam tau2 je taste anak dia macam nih!" .. Tapi aku taknaklah mendabik dada..... sebab selalunya gadis cantik nie selalunya dah berpunya.... yela, takkan tak dak BF kot untuk gadis cun dan ayu macam dia nih kan.. fikir logik la.... tapi lepas aku selidik, memang sah dah la gadis nie dah ada BF... so bila dapat tau hal nie, aku dah jadi serba salah la, sebabnya aku nie jenis tak suka berebut perempuan. Kalau dia dah ada BF, kenapa aku pulak sibuk nak kacau daun hal hubungan orang, aku bukan jenis perampas....

So, hajat aku terhenti kat situ seketika la....hurm, frust sikit pun ada la gak kan..yela baru je ada mood nak berkenalan dan berkawan tapi spoil plak....rasa mcm malas dah dan nak bagitau je kat mak aku yang aku tak mau teruskan niat aku tue.... tapi entahlah aku pun tak tau, kenapa hati aku nie tergerak dgn perasaan ingin mengenali jugak gadis ini sedangkan aku dah tau dia sudah berpunya.... adik aku dah bagi jalan, bagi no hp dia dah, tapi aku tak berani pula nak kol ke sms ke... yelah sebab aku pun no point gak nak berkenalan dengan dia kan... tapi apa yang membuatkan hati aku tergerak jugak untuk berkenalan dengan dia adalah dengan ayat Al-Quran yang tertera dalam profile FB gadis itu:

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..."
[Q.S. ar-Ra'd 13:11]


Selepas aku merenung dan mendalami ayat2 ini, aku mula berfikir dan mengambil keputusan untuk mencuba mengenali dirinya juga kerana bagi aku, selagi aku tak mencuba untuk mengubah nasib dan keadaan tentang jodoh aku, tentulah keadaan aku tetap sama dan takkan berubah jugak... Lalu aku terus mencapai handphone dan terus mulakan langkah seterusnya, SMS la buat kali pertama... masa itu, aku belum kenalkan diri aku lagi saper.... just cakap secret admirer je... tapi taktik aku tue mula2 tak berjaya, sebab dia tak layan (jual mahal la kononnya)..hehehe.... tapi takpa, pantang keturunan aku nie nak mudah mengalah, so aku tukar strategi aku daripada formasi 5-4-1 (formasi bertahan dalam sukan bolasepak) terus kepada 4-4-2...hehehe.... haa nasib baik la akhirnya dia reply jugak...



Itulah detik perkenalan aku dengan si dia.... memang benarlah kata mat salleh," Anything that we want, must start from an initiative." Sejak hari itu, mulalah aku berkenalan dengan dia dengan lebih dekat... cuba mendalami perasaan dan minat dia.... belajar tentang apa yang perempuan suka, sifat dia melalui zodiak sebagai guide...

So apabila tiba cuti hari Deepavali, aku telah diminta pulang ke Kedah untuk melawat kampung aku di Jitra yang telah dilanda banjir besar, tapi dalam masa yang sama, famili aku dan aturkan pertemuan aku dengan si dia.... Masa tue, aku pun jadi gelabah jugak, yelah first time jumpa dan lihat depan mata kan.... takut gak la aku naik darah gemuruh dan aku juga takut la penampilan aku nie nampak indah khabar dari rupa, maklumlah tengok kat FB, aku nampak lain, tapi bila jumpa nampak lain (saje nak merendah diri, sebab memang dah aku rendah dah, tak leh nak tinggi lagi dah, so aku biarkanlah dia nilai diri aku yang sebenar).... Sebaik saja dia keluar, dan menuju ke arah aku, aku dah panik masa tue sebab tak tau nak buat apa, so aku berpura-pura la cover dengan baca paper... padahal paper yang aku baca tue cerita dah basi lama dah....hahaha... so bila dah dia sampai dan duduk di sofa depan aku dengan pakaian serba hitam memukau, hurmm macam tau2 ja aku suka hitam... nampak macam student Limkokwing pulak....hehehe.... selepas hampir 10 minit kami berbual sambil mendiamkan diri, dia terus minta izin untuk beredar (nak tolong mak dia kat dapurlah katakan)....aku pun dah boleh hembus nafas lega la.... hehe... tapi itulah kali pertama dan terakhir aku melihatnya di depan mata.... selepas nie tak tau la macam mana, mungkin lepas nikah je kot dapat jumpa....

So lepas aku selidiki, aku dah tau la sikit2 apa hobi, kegemaran dan apa2 saje lah yang bersifat personal interest nih thru our communication at FB & SMS.... Seorang gadis yang suka color pink & black, suka masakan indonesia (hurmm bleh pekena ayam penyek dan nasi padang la pasni), bekas gol keeper hoki sekolah (hebat gak dia main hoki).... suka tengok Wrestling dulu (ganas gak yer)...hehe... aku tengok dia seorang yang simple, mudah utk bawa bincang, sebab setiap kali apa yang aku bincang dgn dia, jawapan dia simple saje.... I ikut u jela.... huhu mudah je rasa... tak banyak songeh...

So far, aku dapat tahu memang dialah insan yang terbaik untuk aku selepas mendapat beberapa petunjuk daripada Allah swt....kerana setiap ciri2 apa yang aku nak, dia ada...paling penting dia boleh terima aku seadaanya dan juga boleh terima dugaan dan faham tentang cara kerja aku yg species WORKAHOLIC nih...Alhamdulillah...Memang benarlah kata orang tua2, kalau seseorang itu adalah jodoh kita, setiap segala urusan akan dipermudahkan dan dipercepatkan..... Siapa sangka perkenalan aku dengan dia hanya tak sampai 2 bulan, telah mencapai kata putus ke tali pertunangan 1 Januari 2011 nanti... Sedangkan sebelum ini aku telah berusaha untuk mengekal dan mempertahankan hubungan dengan seseorang atas dasar cinta, walaupun sudah 2 tahun, tapi akhirnya tak ke mana.... Aku sedar sekarang bahawa, cinta bukanlah segalanya... adalah lebih afdal jika cinta itu berputik selepas perkahwinan kerana ia adalah satu-satunya jalan yang diberkati dan dirahmati Allah swt.... Cinta tanpa persefahaman, tak mampu bertahan lama....Tapi jodoh adalah lebih kuat daripada cinta, kerana melalui jodoh, akan terbitlah nilai cinta yang sejati dan sebenar....

Oleh itu, aku telah bertekad dan berazam untuk berubah diri aku untuk menyiapkan diri untuk menjadi seorang suami yang soleh dan akan tinggalkan segala tingkahlaku buruk yang telah menzalimi orang lain dan juga diri aku sendiri..... Walaupun aku baru kenal dengan si dia, aku akan cuba memahami dan mempelajari dari segala kesilapan terhadap perhubungan lalu, untuk memberikan yang terbaik dalam hubungan kali ini. Kerana si dia bukan saja bakal jadi teman hidup aku, tapi bakal menjadi sebahagian daripada tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh ibubapanya. Insyallah akan aku jalankan kewajipan aku sebagai seorang anak dan suami sebaik mungkin.

Aku ambik kesempatan ini sempena usianya dah 21 tahun, aku nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR ke-21 buat insan teristimewa yang bernama RUBITTA RAHAIMI....

" Ruby, I tahu yang kita baru saje kenal, dan tak menjangkakan keadaan ini berlaku secepat ini, I tak tahu sama ada U boleh terima I seadanya sama ada dengan hati yang rela mahupun terpaksa, tapi percayalah, sejak I mula berkenalan dan lihat U, hati I rasa nak berubah dan secara tiba-tiba perasaaan ingin berkahwin semakin membuak2 dimana selama ini I asyik mengelak dan memberikan alasan tak ready lagi, tapi kali ini, apabila I dah dipertemukan dengan U dengan cara yang begitu unik sekali, I tak mampu melarikan diri dari hakikat lagi kerana I yakin seru I dah sampai.....


Walaupun I mungkin bukanlah lelaki yang mempunyai ciri2 taste yang U nak, tapi I cuba untuk memberikan yang terbaik hanya untuk U, I dah tinggalkan semua kenangan lalu semata-mata ingin hidup semati dengan U. Kerana mulai sekarang, U adalah penentu masa depan I, dan kenangan lama hanya secebis sejarah hidup I yang tak lagi memberi apa2 makna. I sedar, mungkin U sukar nak terima I buat permulaan ini, mungkin U pun belum boleh terima I sepenuhnya, tapi percayalah, berilah I peluang dan ruang untuk mendekati dan memahami isi hati U kerana I inginkan yang terbaik dan menghargai U sebaik2nya. Sepertimana luahan hati I menerusi lagu Sudirman di atas...

I tak kisah kalau I tak dapat berjumpa dengan U buat tempoh yang lama, I anggap itu adalah cabaran bagi I. Dan I sebagai lelaki akan sahut cabaran itu. Tapi asalkan I nak U tahu I dah mula mencintaimu dari awal perkenalan kita lagi. Sepertimana I cakap aritu, walaupun kita harap cinta kita hanya akan berputik selepas kawin, tapi I nak jadikan tempoh perkenalan dan pertunangan kita nanti dijadikan masa yang sesuai untuk menyemai benih cinta dan curahan air kasih sayang untuk memastikan cinta kita akan terus berbunga dan mekar pabila tiba tarikh kita akan disatukan kelak...PonMan loves U"....

Akhir kata, Salam Ulang Tahun dari PonMan... semoga hidupmu akan berpanjangan dan dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah swt.

Wassalam....

Copyright © 2009 PonMan Creative Mind All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.