2

Keputusan Terkini Liga Pilihanraya Malaysia (LPM)

Posted by PonMan on 7:38 AM

25 Ogos 2009, Permatang Pasir - Hari ini adalah merupakan perlawanan pusingan ke-8 dalam kempen Liga Pilihanraya Malaysia dimana telah menyaksikan pasukan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Pas meneruskan rentak kemenangan apabila memenangi kawasan Dun Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 undi . Dengan kemenangan ini, pasukan Pakatan Rakyat telah berjaya menjarakkan jumlah agregat kemenangan mereka kepada 7-1.

Secara tidak langsung kemenangan pasukan Pakatan Rakyat ini juga sudah memberikan gambaran yang amat jelas sekali betapa para penyokong dan peminat setia mereka masih memberikan 100% kepercayaan kepada pasukan kesayangan mereka walaupun pasukan mereka sentiasa dianaktirikan dan lebih gemar dengan status 'underdog' oleh pihak media. Bagi pasukan Barisan Nasional pula kekalahan ini amat memberikan kesan negatif kepada mereka kerana gagal merencanakan strategi yang berkesan sehingga membawa kepada kekalahan ke-7 berturut-turut. Menurut sumber yang boleh dipercayai, kekalahan pasukan mereka yang mendapat status 'elit' ini adalah sesuatu yang tak dirancang kerana pelbagai strategi telah dilakukan terutamanya mendapatkan perhatian melalui liputan meluas media massa yang sememangnya para penyokong sudah lali dengan kenyataan yang terlalu 'over-confident'.

Bagi sesetengah para pemerhati pula menyifatkan kempen Liga Pilihanraya Malaysia musim ini agak hilang seri kerana skrip dan sandiwaranya adalah hampir serupa setiap kali perlawanan pilihanraya diadakan dimana menyaksikan pasukan 'elit' yang sering mendapat tempat dihati media massa gagal memikat hati para penyokong walaupun pelbagai cara, strategi dan kaedah digunakan untuk menarik undi gol. Sebaliknya pasukan 'underdog' pula sebenarnya mengambil peluang ini dengan menggunakan pendekatan yang berbeza yang lebih dekat dihati para penyokong tanpa perlu menunjuk-nunjuk di hadapan media massa.

Oleh yang demikian, penulis merasakan skrip sandiwara liga pilihanraya ini akan berterusan sehinggalah ada usaha atau kerjasama wakil SPR atau FAM merasakan perlu merombak semula kabinet atau liga pilihanraya itu sendiri supaya saingan liga tersebut lebih kompetitif dan menarik minat para penyokong untuk datang ke stadium mengundi. Apa-apapun penulis percaya para penyokong sekarang telah celik dan bijak memilih serta menilai yang manakah fakta atau auta. - BERITA HAIRAN



2 Comments


manager kena tukar ni

yang rupa macam rafa tu.. kenal tak? yang botak pakai spek tapi dia takde janggut

sack manager yang tu.. hahaha. kalah besar ni


OBEFIEND

haha, bukan takat manager kena tukar, 'player' pun kena ganti baru gak, skrg asyik 'beli' player tak berkualiti saja. Sorang player yg transfer fee adalah free adalah Ezam la.... hahah

Copyright © 2009 PonMan Creative Mind All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.