0

1 Malaysia : 1 Bulan, 1 Pilihanraya

Posted by PonMan on 7:19 PM
Nampaknya pilihan raya kecil diadakan setiap bulan sekarang seolah-olah menjadi trend terkini politik negara. Mana taknya, setiap bulan saja, ada saja berita ADUN meninggal dunia, letak jawatan, tak datang persidangan dewan la dan sebagainya.

Apa yang pasti bulan ini menyaksikan pula giliran kerusi DUN Bagan Pinang dikosongkan apabila penyandangnya dari parti BN, Azman Mohd. Nor meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban di sini pada pukul 2.30 petang semalam akibat jangkitan dalam darah.

Berdasarkan pemerhatian, kekosongan DUN kawasan-kawasan tertentu berpunca daripada kematian dan masalah kesihatan. Jadi, mengapakah setiap calon yang hendak bertanding tak buat medical checkup terlebih dahulu sebelum bertanding dan menjadi wakil rakyat? Sekarang bila dah jadi macam ini, bukan saja membuang masa dan wang kerana apa yang pasti setiap kali pilihanraya bakal banyak wang rakyat terbang melayang untuk kempen parti-parti politik semata-mata. Dan media juga seperti biasa akan bersedia memaparkan berita-berita sensasi 'one sided party' dan sembang kemas seolah-olah hanya parti itu saja bakal memenangi semua pilihanraya.

Malah, pada pendapat aku, adalah lebih afdal sekiranya setiap calon yang bertanding mempunyai usia lebih muda dan matang seperti Mukhriz Mahathir kerana sedar tak sedar, golongan pemuda seperti ini jugalah bakal menerajui barisan kepimpinan negara satu hari nanti. Jadi tak payah buang masa ambil calon tua dan ada rekod masalah kesihatan.

Mungkin ini adalah hikmah, sebagai petunjuk setiap apa yang dilakukan pasti ada balasan. Untuk rekod, BN hanya memenangi 1 kerusi sahaja sepanjang pilihanraya kecil diadakan iaitu di Batang Ai, selebihnya dikuasai parti pembangkang. Mungkin inilah natijah yang terpaksa dihadapi mereka sekarang kerana perbuatan mereka yang menghuru-harakan negara terutamanya 'merampas' kabinet Perak secara 'haram' dan 'ungentlement'.

Apa-apapun sama-sama kita tunggu dan lihat sandiwara politik dalam episod pilihanraya yang seterusnya. Adakah skrip yang serupa bakal berulang?

"WANG RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN PARTI DIUTAMAKAN"

0 Comments

Copyright © 2009 PonMan Creative Mind All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.