0

Sejadah Berdiri 8 jam : Tanda kebesaran Allah swt pada Lailatul Qadar?

Posted by PonMan on 7:30 PM
Setelah aku membaca berita dari akhbar Kosmo bertarikh 15 September iaitu semalam, aku rasa kejadian sejadah berdiri dan duduk dalam keadaan antara 2 sujud yang berlaku di Pasir Mas, Kelantan semalam merupakan satu lagi tanda kebesaran Allah swt untuk peristiwa Lailalatul Qadar, malam istimewa yang dijanjikan oleh Allah swt di bulan Ramadhan setiap tahun.

Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud. Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir lapan jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut untuk menyaksikan keajaiban sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.

Namun, kejadian pelik itu berakhir apabila sejadah itu kembali menyembah lantai setelah seorang tetamu yang hadir menyentuhnya meskipun telah dilarang.

Menurut Sharifah Nor, kejadian pelik itu disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang kebetulan baru saja terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi ketika dia sedang sibuk membuka kedai runcitnya.

Menyedari sejadah milik ibunya sedang berdiri, perasaan takut mula menyelubungi Mohd. Faizal dan terus memanggil ibunya yang berada di kedai untuk memaklumkan keadaan tersebut.

Kejadian seperti ini turut berlaku di Permatang Pauh, Pulau Pinang pabila sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik tiba-tiba 'berdiri' menyerupai orang sedang bersembahyang dalam keadaan duduk antara dua sujud.


0 Comments

Copyright © 2009 PonMan Creative Mind All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.