2

SATU : Bukti Kepuasan Berkarya

Posted by PonMan on 2:38 AM


Alhamdulillah, kita dah masuk tahun 2011. Sekelip mata saja, kita dah pun berada di bulan APRIL.... Bermakna masih ada lagi lebih kurang 7 bulan untuk aku melangkah ke jinjang pelamin bersama insan tersayang yang bernama RUBITTA RAHAIMI (gadis setaman yg dimaksudkan tue la.... dalam post aku sebelum nie...hehehe)

OK, kembali kepada topik asal... apa yang aku nak share dan ketengahkan disini, adalah pengalaman berharga aku sepanjang proses penggambaran SHOWREEL filem pertama aku dengan usaha dan kerjasama 3 individu yang lain, saudara Dr. Arif Kamaruddin, Faisal Hamdi, dan juga abg Yazeid Kasbola.... ternyata walaupun memang penat dan keletihan sepanjang tempoh penggambaran 2 hari pada minggu lalu, tapi pengalamannya tetap tak dapat dilupakan....


Memang benarlah kata-kata idolaku DONALD TRUMP, "Without PASSION you don't have ENERGY, without energy you have NOTHING." Oleh kerana PASSION (Semangat) aku terhadap menghasilkan filem-filem aksi sebegini, setiap keringat dan kudratku telah menjadi sumber ENERGY (tenagaku) yang luar biasa, kerana walaupun keletihan namun aku tetap dapat berjaya menghasilkan karya aku bersama 3 sahabat yang lain.


Seperti yang aku beritahu tadi, projek filem SATU ini adalah kerjasama dengan 3 individu yang lain. Setiap individu yang terlibat ini memainkan peranan yang amat berkesan sekali dalam menjayakan showreel filem ini dan ternyata hasil gabungan pengetahuan, bakat, kemahiran dan juga pengalaman yang dimiliki oleh 4 orang kami ini telah banyak membantu memudahkan kerja-kerja pengambaran filem ini.



Dr. ARIF KAMARUDDIN, adalah individu penting yang memainkan peranan tercetusnya idea filem SATU ini kerana beliaulah yang bertanggungjawab dalam menghasilkan jalan citer yang menarik menerusi skrip yang dihasilkan. Walaupun latar belakang beliau dalam bidang kedoktoran, namun beliau amat teruja sekali menghasilkan filem ini cuma mungkin kekurangan pengalaman beliau dalam industri perfileman menjadi titik permulaan atau turning point ke arah menjayakan projek filem SATU ini secara kerjasama. Namun, dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan beliau dalam melabur dan bertindak sebagai PRODUCER amatlah dihargai dan dibanggakan. Siapa sangka seorang doktor mampu menghasilkan cetusan idea filem aksi sebegini.



FAISAL HAMDI, adalah salah seorang kenalan aku jumpa semasa kami bekerjasama dalam merakamkan detik indah majlis perkahwinan UMIE AIDA tahun lalu, dan dari situ kami mula berkenalan dan menyedari mempunyai minat yang sama, iaitu bercita-cita menghasilkan satu filem aksi bersama. Bagi aku, beliau memang mumpunyai minat yang mendalam kerana aku begitu teruja dengan minatnya dalam mengumpul replika senjata-senjata perperangan seperti raifal, mesingan, pistol, shotgun dan sebagainya.




MOHD YAZEID KASBOLA, merupakan salah seorang bekas tenaga kerja CST Production tempat aku bekerja sekarang nih... tapi sekarang beliau dah ada company sendiri EMWAIKEI ARTNET... pada pandangan aku, kelebihan yang beliau miliki adalah kepakaran beliau dalam menghasilkan shot-shot menarik dengan menggunakan kamera HDSLR. Lihat saja hasil gabungan beliau dan Faisal Hamdi dalam menghasilkan short film prewedding bercorak aksi "Behind Love Lines"...



Dan aku sendiri pula, aku akui, aku dari sudut teknikal dan kemahiran mengendalikan kamera tak adalah begitu pandai, namun dengan pengalaman aku belajar di UK dan juga menghasilkan filem pendek arahan aku REVOLUSI J, telah banyak membantu aku untuk terus improve bakat aku dari sudut pengarahan dan screenplay untuk filem ini. Kebanyakan shot-shot yang dirakam dalam filem ini telah diolah dan direka mengikut citarasa aku kerana aku suka karya aku berlainan dari filem-filem aksi yang sebelumnya.




Itulah yang dikatakan KERJASAMA! Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan, dan kami berempat telah berkongsi kelebihan yang ada untuk menghasilkan filem SATU ini, dan secara jujurnya, tanpa seorang daripada kami berempat mungkin ada cacat celanya dalam filem ini kelak. Dengan idea dan cerita yang ditulis oleh Dr. Arif Kamaruddin, dibantu oleh Faisal Hamdi yang mempunyai pengalaman bidang ketenteraan dan arif dari sudut persenjataan serta kepakaran saudara Yazeid Kasbola yang bertindak selaku Director of Photography (Jurukamera) dan pengalaman aku dalam menghasilkan filem REVOLUSI J sebelum ini, telah menjadi INTIPATI dan KUNCI KEJAYAAN penghasilan showreel filem ini.






Kenapa filem SATU ini dihasilkan?





Sepertimana yang kita tahu, industri perfileman negara sekarang banyak didominasi oleh filem SERAM, ROMANTIK dan KOMEDI...dan kekurangan pengarah dan penerbit yang mahu mencuba dan melabur dalam hasilkan filem genre AKSI. Kalau ada sekalipun filem AKSI, ia bukanlah lebih menjurus kearah semangat PATRIOTISM .... bilakah kali terakhir anda semua menonton filem aksi bercorak kenegaraan ini? Bagi aku, filem terakhir yang aku penah tgk iaitu Leftenan Adnan arahan Aziz M. Osman.

Walaupun itu filem kenegaraan, namun filem itu berkisar usaha untuk mencapai kearah kemerdekaan dan semua itu sudah menjadi SEJARAH. Sejarah memang penting untuk kita pertahankan kedaulatan asal usul kita, namun kenapakah golongan muda sekarang langsung tak berminat mempelajari dan menghayati serta menghargai makna kemerdekaan itu? Adakah sesudah kita merdeka bermakna kita sudah selamat dari ancaman musuh? Ya, mungkin kita berasa selesa dan selamat sekarang sehingga dibuai mimpi indah sedangkan negara-negara ARAB lain serta negara jiran sudah mula bergolak, tapi adakah kita sedar sekiranya kita terlalu LEKA pada hiburan dan kemewahan hidup yang kita nikmati sekarang, mungkin akan ditarik balik dan hilang dalam gengaman kita dalam sekelip mata? Pernahkah kita bayangkan sekiranya negara kita sudah diceroboh dalam diam? Petanda-petanda itu sudah ada, kerana sehingga hari ini terdapat ramai pegawai kerajaan dan badan-badan berkanun yang sepatutnya menjaga kedaulatan negara, tetapi menjadi korup angkara rasuah dan sebagainya.

Jadi itulah misi utama filem ini diterbitkan, untuk memberikan kesedaran kepada semua terutamanya golongan muda, kenapa kemerdekaan negara itu amat penting untuk dipertahankan. Kebanyakan filem aksi berkisar kepada sejarah untuk mencapai kemerdekaan, namun bezanya filem ini adalah untuk menerangkan usaha-usaha golongan muda dan belia dalam mempertahankan kemerdekaan.

Contoh paling senang, sekiranya dari sudut sukan, tidak kiralah sukan apa sekalipun, sebagai contoh sukan bola sepak, sekiranya sesuatu pasukan itu menjuarai liga dan piala yang dipertandingkan, adakah anda pernah lihat pasukan yang sama mempertahankan kejuaraannya itu untuk tempoh yang panjang dan selamanya? Mustahil bukan! Jadi adalah tak mustahil bagi kita sekiranya kita sebagai rakyat MALAYSIA mempertahankan kemerdekaan sebagai lambang kejuaraan kebebasan bakal terdedah dengan unsur-unsur negatif dari anasir luar. Sama saja konsepnya.



Selain itu juga, filem ini diterbitkan untuk menaikkan kembali semangat dan memupuk minat golongan muda untuk menyertai sektor keselamatan dan ketenteraan dalam negara, atau erti kata lain, boleh menjadi "the next generation of Malaysian Heroes".... dan paling utama, filem ini mahu ketengahkan kekuatan dan kehebatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mungkin menerusi filem ini, segala kehebatan dari sudut persenjataan dan alatan yang dimiliki akan dapat dipertontonkan kepada umum serta memberi sedikit info dari sudut pembelajaran kepada rakyat mengenai cara-cara penggunaan senjata yang digunakan sekarang. Daripada pihak ATM sekadar membuat demonstrasi atau latihan ketenteraan semata-mata, adalah lebih baik menerusi filem, dapat dijadikan satu latihan yang lebih realistik dengan mewujudkan sesuatu situasi yang sebenar lebih dramatik.


Kebebasan berkarya....

Bagi aku, kalau nak menceburi bidang industri seni filem ini, apa yang penting adalah kebebasan berkarya... kerana melalui ini, maka lebih banyak cetusan idea dan hasil karya yang lebih bermutu dapat diketengahkan.... mungkin aku harap FINAS terutamanya dapat meneliti semula garis panduan yang lebih flexible kepada golongan muda seperti aku dan yang lain utk mengembangkan bakat mereka. Ini kerana, makin lama filem-filem yang dihasilkan sekarang dapat dilihat sudah slaptik dan ketandusan idea dan kebanyakan antara mereka, tidak mempunyai mesej yang kukuh dan bercorak hiburan semata-mata, tidak kearah pendidikan, moral pengajaran, ilmiah dan sudut yang lebih positif.

Ini adalah kerana, kebebasan berkarya bakal memberikan satu kepuasan kepada golongan yang menghasilkan karya tersebut kerana tidak terlalu terbatas idea fikiran mereka angkara garis panduan yang kurang ideal dan praktikal dimasa sekarang. Kita perlukan perubahan...

Setiap kebebasan berkarya itu akan terhasil sekiranya golongan muda seperti aku ini diberikan PELUANG yang lebih luas untuk berkarya dan mencipta nama... jangan kerana namanya tak glamer, popular dan tiada nilai komersial, bermakna golongan muda itu tak mampu menghasilkan karya yang lebih bermutu daripada yang sudah berpengalaman. Namun, disebabkan industri filem kita yang terlalu kecil, peluang-peluang menghasilkan filem bajet besar ini agak terbatas sekiranya tak didokong atau mendapat perhatian golongan yang berpengaruh... bukan semua syarikat produksi menyedari kelebihan yang dimiliki oleh golongan muda sekiranya tidak diberikan peluang....

Dan aku, Faisal Hamdi, Dr. Arif dan Yazeid adalah antara individu dari golongan muda yang berani menyahut cabaran sebagai gabungan 'underdog' untuk menyaingi kehebatan pengarah2 tersohor tanah air dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menarik perhatian penerbit2 filem tanah air untuk menilai sendiri sejauhmana keupayaan dan kemampuan kami berempat menghasilkan filem ini walaupun kami kekurangan dana dan tidak memiliki profil dan nama yang gemerlapan seperti yang lain. Dan sekiranya kami mendapat peluang yang diidamkan sekalipun, kami tetap akan berSATU sebagai sebuah gabungan tenaga produksi yang memerlukan antara satu sama lain.

Kerana itulah misi dan visi kami untuk filem SATU : SUMPAH AKU TAKKAN UNDUR! Nantikan kemunculan TRAILER dan SHOWREEL FILEM SATU tak lama lagi!

3

Milik Siapakah Gadis Ini?

Posted by PonMan on 4:35 AM
Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakahkan terdaya

Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi

Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih (suci)
Siapakah gadis yang ku idam...




Tiba-tiba aku teringatkan lagu nostalgia nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad ini apabila aku dengar di radio semasa aku drive kereta aku dalam perjalanan aku pulang ke rumah. Sebelum aku menceritakan apa kaitan lagu tersebut dengan topik yang hendak aku bincangkan kali ini, aku ingin mengucapkan jutaan minta maaf sebab dah lama tak update blog aku angkara kesibukan tahap melampau dengan perjalanan karier hidup aku sebagai anak seni. Sampaikan sedar atau tak, rupanya kita berada di penghujung tahun 2010. Aku baru perasan yang kali terakhir aku update blog aku nie pada bulan Mac 2010.... sungguh cepat masa berlalu kan... Tapi jangan risau PonMan sentiasa share the moment yang best dengan korang disini kan....

Namun untuk posting aku kali ini, adalah 'buah tangan' yang teristimewa dan ditujukan khas untuk insan yang 'teristimewa' sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21 pada 5 Disember 2010, iaitu tepat pada jam 12 tengah malam ini.

Sebagaimana anda semua tahu, aku ini yang telah mendapat gelaran 'Lelaki yang penuh dengan kejutan'.. jadi apa yang aku cuba sampaikan disini juga mungkin adalah satu kejutan juga bagi anda semua. Tapi jangan risau kerana setiap apa kejutan yang aku nak sampaikan dalam hidup aku ini, adalah hanya berkisar tentang kehidupan aku semata-mata dan tiada kena mengena dengan insan yang terlibat dalam cerita ini. Namun sebelum ada yang diantara anda yang akan salah faham tentang kejutan yang hendak disampaikan ini, biarlah aku jelaskan bahawa setiap kejutan yang berlaku adalah kerana kekuasaan Allah swt yang memberikan petunjuk kepada hambaNya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Dia lebih berhak menentukan. Oleh itu, aku ingin memohon maaf seandainya kenyataan mahupun luahan hati aku ini bakal mengguris mana-mana pihak, kerana sesungguhnya aku adalah hanya insan yang tak terlepas dari melakukan kesilapan dan segala apa yang berlaku telah ditentukan olehNya.

Sebagai pembuka cerita untuk topik hari ini, mungkin ramai yang bertanya gambar siapakah yang aku upload dan letak kat blog aku nie kan dan apa kaitannya pula dengan cerita aku nak sampaikan nie kan? OK tanpa membuang masa, marilah sama-sama kita hayati dan dalami moral of the story dalam cerita ini.


Setelah hampir setahun aku memulakan karier sebagai video editor di CST Production, banyak pengalaman suka duka yang aku dah lalui. Daripada sebagai seorang pelajar kepada graduan dan kini telah mempunyai karier sendiri, kesibukan aku terhadap kerja telah sedikit sebanyak membuatkan aku rasa masa aku untuk bersosial dan bersuka-ria bersama teman2 dan insan yang tersayang sedikit terhakis dan berkurangan. Mungkin kerana aku telah dilahirkan dari golongan famili yang sentiasa kuat bekerja, maka darah keturunan telah mengalir dalam tubuhku sehingga menjadi seorang yang 'WORKHOLIC' dan sentiasa utamakan kerjaya daripada segalanya. Bukanlah aku ini terlalu mengejarkan KEMEWAHAN tetapi apa yang aku ingin kecapi hanyalah KESENANGAN dan juga KEPUASAN dengan apa yang aku usahakan selama ini, kerana bagi aku, KEPUASAN adalah satu bentuk nikmat yang perlu dirasai setelah kita menuai hasil daripada berkat usaha kita bekerja selama ini. Jadi, dalam konteks bidang aku ini, kepuasan pelanggan or client terhadap hasil kerja video aku amatlah menjadi keutamaan. Bukan senang untuk memuaskan hati client kerana setiap client ada perangai dan citarasa dia sendiri.... Tapi Alhamdulillah, lama-lama aku dah dapat suaikan diri dan sentiasa memenuhi kehendak client kerana "Customer is always right"....


Tapi dalam kesibukan dan ketaksuban aku dalam mengejar karier dan suasana bekerja ini, aku mula tersedar, bahawa aku nie tak boleh terus hidup dalam keadaan begini tanpa meluangkan masa bersama kawan2, teman dan juga keluarga. Mana taknya, setiap kali aku balik keja hari dah pun lewat malam dan kadangkala aku banyak habiskan masa tido di ofis dan studio jer.... biasalah buat keja OT nak cari duit lebih, daripada aku dok saje kat rumah tak dapat apa2 kan.... Hurm, tapi sedar atau tidak, akibat kesibukan kerja inilah sebenarnya membuatkan kesihatan aku sedikit terganggu akibat keletihan dan aku terlalu banyak kerahkan kudrat dan tenaga aku sepanjang aku berkerja seharian. Macam enjin kereta juga lah, kalau asyik berjalan tanpa matikan enjin, tentu jadi terlebih panas dan akan rosak. Sampaikan mak ayah aku pun dah bising..... Sampai bila aku perlu terus hidup dalam keadaan begini kan? Dan macam biasalah banyak lagi skrip2 dan ayat2 wajib dalam istilah membebel akan kedengaran kan....Tapi aku buat tak endah jer....hehehe....


Sampai satu masa, tiba-tiba adalah satu soalan cepuemas mak aku tanya,

"Apa kata Saiful take a break jap, cuba la berinteraksi dengan orang lain sama... asyik keja jer....hang tak dak pikir nak kawin kah? Nie mak ada kad jemputan kawin kawan hang nie, dia dah menikah, hang bila lagi nak tunggu?" Jeng3......

Aku macam biasalah bagi jawapan spontan dan selamat, "Ala mak, la nie cek busy sgt, masa bila nak berkawan? Kalau ada pun jarang2 la jumpa... Lagipun cek belum kumpul duit dan ready nak kawin lagi.... Nak sara bini dengan apa nanti? Anggap jelah belum sampai seru lagi... sabaq yer...."

Dan macam biasalah dengan karenah famili aku, kalau aku bagi je bola lambung seperti dlm permainan badminton, dah tentu mak aku akan terus smash dan matikan permainan terus.... maka keluarlah pula ayat ni," Hurm kalau dok asyik kumpul duit saja, sampai ke tua pun takkan habis, sampai bila pun tak kawin..... Kalau dok tunggu seru ang sampai, memang tak dak tanda seruan dah la, meh mak nak bagi noktah buang... Mak jelah carikan kat hang....senang citer, hang tak payah pikiaq dah... hang keja jela macam biasa...."

Dan macam biasa jugalah dalam perlawanan badminton, akan dimulakan dengan servis baru...lalu aku menjawab "Hurm suka hati mak la.... Carila calon sapa2 pun... Aziman tak kisah! hehe.... Kalau mak nak suruh cek cari, cek mmg ada ramai kawan pun, pilih ja nak hat mana.... hat dok kat London, Afrika, Arab ka semua ada, cek kenai kat kampus lagi...." Saja ja aku nak perli mak aku.....

Belum sempat aku habiskan ayat, mak aku dah mencelah, "Ish, buat apa nak cari hat jauh, cari hat dekat sudahlah.... dok satu negeri lagi senang nnti nak balik kampung masa raya ka, tak payah berebut kereta nak balik dah".....

Lalu aku pun menjawab dan perli lagi, "Haa takpa mak, bukan takat nak cari hat satu negeri je, nak cari hat satu daerah ka, satu kampung ka, satu TAMAN pun boleh..... bagi ja sapa pun, cek nak tgk mak boleh cari ka tak?" Haha saja la aku mencabar mak aku sebab aku ingat, dia akan paham la yang aku saja nak elak dok bincang benda tue secara serius... tapi ternyata sangkaan aku meleset, terus dia sahut cabaran aku.... hurmmm, memang keturunan aku nie pantang dicabar rupanya....hahaha....

Dan bermula daripada menyahut seruan dan cabaran itulah maka terciptalah satu babak baru dalam hidup aku..... Namun semuanya bermula apabila aku muncul dalam rancangan tv, In-Trend di TV2 pada 17 Oktober 2010....





Aku ada maklumkan kat mak aku suruh tengok rancangan TV tue.... dan pada tarikh 17 Oktober 2010, aku ada hubungi mak aku supaya dia tak terlepas tonton tv tue.... dan pada masa yang sama tanpa aku ketahui, rupa2nya mak aku pi tengok rancangan tv tue kat rumah si gadis R (bukan nama sebenar...hehehe) bersama dengan famili dia.... Aku tak taulah apa sebenarnya berlaku masa tue sebab aku ada kat KL, mak aku ada kat Kedah.... so aku tak leh nak ceritakan situasi sebenar..... tapi apa yang aku tau, pada malam tarikh yang sama, mak aku pun telefon dan bagitau dia dah cari jodoh untuk aku dan suruh aku berkenalan dulu tengok berkenan ke tak.....


Hurmmm, aku pun xmampu cakap apa2 dah la sebab aku ingat aku main2 ja, tapi memang mak aku yang dah mulakan langkah serius.... jadi tak apalah, aku ikut je kemahuan dia, nak jaga hati la kononnya kan.....so elok saja aku habis cakap, aku pun buat rutin harian macam biasa la, surf internet dan layan facebook dlu.... then macam biasalah, mesti ada wall post dan request new friend kan... so aku take time dan tengoklah satu2.... dalam banyak2 request tue, ada satu individu nie aku tgk page dia lama sikit.... bukannya apa, aku agak terkejut la bila tgk page dia, muka macam penah tgk, tapi masa tue aku pun baru perasan la ada gambar rumah dia, macam satu taman aku ja, tapi aku tak pernah kenal pun.... so aku terus nak tau lebih lanjut sape dia tue, aku view la semua gambar2 yang ada.... then aku dah dapat clue yg ke-2.... mmg comfirm satu taman, dah anak auntie Fairus (antara kawan rapat mak aku la dalam taman aku tue).....dan rumah dia mmg tak jauh pun dari rumah aku..... mana taknya, kalau nak pi rumah aku, kena lalu pintu guard sebelah rumah dia dulu....hahaha...

Sekarang nie, nak bagi cerita aku lebih menarik.... aku nak mulakan lak babak episod lawak dalam citer nih.... selepas aku view profil dia dan approve dalam FB, aku pun tanya la kat mak aku balik, " Tadi mak tengok rancangan TV tue, dengan sapa lagi dan kat mana tengok, kat kedai ke kat rumah?" Pastu mak aku pun menjawab, "Mak tadi tengok kat rumah auntie Fairus, ada hal sikit nak bincang dengan dia, kebetulan time tue Saiful masuk tv, mak minta la kat dia suruh buka siaran Saiful ada tue...."

Hurm apa lagi, memang sah dan logik la kenapa tiba2 je anak auntie Fairus tue add kat FB aku... tapi aku tak tau la pulak individu yang add aku tue, adalah bukan insan yang mak aku maksudkan untuk dijodohkan dengan aku.... Aku jadi keliru sekejap, sebabnya selepas dia add kat FB aku, aku sajelah mula berkenalan dengan dia dulu dan kebetulan pula dia study dekat jer dengan area ofis aku keja dulu..... so sampai satu masa nie, aku ada kesempatan untuk berjumpa dengan dia dan kawan2 dia atas urusan kerja.... masa tue la aku baru kenal dan dapat face to face dengan anak auntie Fairus nie..... then malam tue, mak aku call lagi tanya, sama ada aku dah berkenalan dengan Ruby (nama singkatan anak auntie Fairus)...... Aku pun cakap baru jela jumpa tadi, tapi aku tanyalah kat mak aku kenapa nak kenalkan aku dengan anak dia sedangkan anak dia baru jer 19 thn, tak habis study lg....




Masa nie berlakulah kekeliruan....mana taknya, rupanya baru aku tahu 3 orang anak auntie Fairus semuanya bermula dengan nama Rubi didepan.... Yang aku berkenalan ini adalah Rubinna (anak ke-3) , tapi yang mak aku cuba jodohkan ini adalah RUBITTA (anak ke-2)!!!! Haa sudah.... Panik aku dibuatnya, lawak pun ada gak... bengong betul la aku nih.... boleh plak tersilap orang yer...hehehe (jangan marah yer orang tue) Segala kesulitan amatlah dikesali!!!

So tak apalah, aku nie jenis belajar dari kesilapan katakan...hehe... so lepas aku tahu hakikat sebenarnya, aku pun terus check la FB insan yang bernama Rubitta nih.... mula2 tak jumpa, tapi atas kebijaksanaan adik aku yang bongsu merangkap orang tengah antara aku dengan Rubitta nih, dia la yang bagi jalan.... dia siap bagi link dan no hp Rubitta nie lagi, aku pun terkejut gak la macam mana dia dapat no semua nie, hebat betui!!! Tapi aku rasa aku save dulu jela no hp dia, tapi malas nak call or msj dia lagi.... masa tue aku pun tak kenal dia lagi, jadi agak susah la untuk aku terima dan nak mulakan langkah....



Bila dah tengok FB dia, Subhanallah cantik sungguh dia.... nak describe secara detail pun susah tahap kecantikan dia tue, tapi kesimpulannya bagi aku, memang aku rasa sejuk mata memandanglah, bila tgk je gambar dia, hati aku rasa tenang jer.... dengan penampilan terbaru dia pakai tudung pulak, memang taste aku la dari dulu.... dalam masa yang sama aku dok bisik la dalam hati, "Pandai gak mak aku cari yer....Macam tau2 je taste anak dia macam nih!" .. Tapi aku taknaklah mendabik dada..... sebab selalunya gadis cantik nie selalunya dah berpunya.... yela, takkan tak dak BF kot untuk gadis cun dan ayu macam dia nih kan.. fikir logik la.... tapi lepas aku selidik, memang sah dah la gadis nie dah ada BF... so bila dapat tau hal nie, aku dah jadi serba salah la, sebabnya aku nie jenis tak suka berebut perempuan. Kalau dia dah ada BF, kenapa aku pulak sibuk nak kacau daun hal hubungan orang, aku bukan jenis perampas....

So, hajat aku terhenti kat situ seketika la....hurm, frust sikit pun ada la gak kan..yela baru je ada mood nak berkenalan dan berkawan tapi spoil plak....rasa mcm malas dah dan nak bagitau je kat mak aku yang aku tak mau teruskan niat aku tue.... tapi entahlah aku pun tak tau, kenapa hati aku nie tergerak dgn perasaan ingin mengenali jugak gadis ini sedangkan aku dah tau dia sudah berpunya.... adik aku dah bagi jalan, bagi no hp dia dah, tapi aku tak berani pula nak kol ke sms ke... yelah sebab aku pun no point gak nak berkenalan dengan dia kan... tapi apa yang membuatkan hati aku tergerak jugak untuk berkenalan dengan dia adalah dengan ayat Al-Quran yang tertera dalam profile FB gadis itu:

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..."
[Q.S. ar-Ra'd 13:11]


Selepas aku merenung dan mendalami ayat2 ini, aku mula berfikir dan mengambil keputusan untuk mencuba mengenali dirinya juga kerana bagi aku, selagi aku tak mencuba untuk mengubah nasib dan keadaan tentang jodoh aku, tentulah keadaan aku tetap sama dan takkan berubah jugak... Lalu aku terus mencapai handphone dan terus mulakan langkah seterusnya, SMS la buat kali pertama... masa itu, aku belum kenalkan diri aku lagi saper.... just cakap secret admirer je... tapi taktik aku tue mula2 tak berjaya, sebab dia tak layan (jual mahal la kononnya)..hehehe.... tapi takpa, pantang keturunan aku nie nak mudah mengalah, so aku tukar strategi aku daripada formasi 5-4-1 (formasi bertahan dalam sukan bolasepak) terus kepada 4-4-2...hehehe.... haa nasib baik la akhirnya dia reply jugak...



Itulah detik perkenalan aku dengan si dia.... memang benarlah kata mat salleh," Anything that we want, must start from an initiative." Sejak hari itu, mulalah aku berkenalan dengan dia dengan lebih dekat... cuba mendalami perasaan dan minat dia.... belajar tentang apa yang perempuan suka, sifat dia melalui zodiak sebagai guide...

So apabila tiba cuti hari Deepavali, aku telah diminta pulang ke Kedah untuk melawat kampung aku di Jitra yang telah dilanda banjir besar, tapi dalam masa yang sama, famili aku dan aturkan pertemuan aku dengan si dia.... Masa tue, aku pun jadi gelabah jugak, yelah first time jumpa dan lihat depan mata kan.... takut gak la aku naik darah gemuruh dan aku juga takut la penampilan aku nie nampak indah khabar dari rupa, maklumlah tengok kat FB, aku nampak lain, tapi bila jumpa nampak lain (saje nak merendah diri, sebab memang dah aku rendah dah, tak leh nak tinggi lagi dah, so aku biarkanlah dia nilai diri aku yang sebenar).... Sebaik saja dia keluar, dan menuju ke arah aku, aku dah panik masa tue sebab tak tau nak buat apa, so aku berpura-pura la cover dengan baca paper... padahal paper yang aku baca tue cerita dah basi lama dah....hahaha... so bila dah dia sampai dan duduk di sofa depan aku dengan pakaian serba hitam memukau, hurmm macam tau2 ja aku suka hitam... nampak macam student Limkokwing pulak....hehehe.... selepas hampir 10 minit kami berbual sambil mendiamkan diri, dia terus minta izin untuk beredar (nak tolong mak dia kat dapurlah katakan)....aku pun dah boleh hembus nafas lega la.... hehe... tapi itulah kali pertama dan terakhir aku melihatnya di depan mata.... selepas nie tak tau la macam mana, mungkin lepas nikah je kot dapat jumpa....

So lepas aku selidiki, aku dah tau la sikit2 apa hobi, kegemaran dan apa2 saje lah yang bersifat personal interest nih thru our communication at FB & SMS.... Seorang gadis yang suka color pink & black, suka masakan indonesia (hurmm bleh pekena ayam penyek dan nasi padang la pasni), bekas gol keeper hoki sekolah (hebat gak dia main hoki).... suka tengok Wrestling dulu (ganas gak yer)...hehe... aku tengok dia seorang yang simple, mudah utk bawa bincang, sebab setiap kali apa yang aku bincang dgn dia, jawapan dia simple saje.... I ikut u jela.... huhu mudah je rasa... tak banyak songeh...

So far, aku dapat tahu memang dialah insan yang terbaik untuk aku selepas mendapat beberapa petunjuk daripada Allah swt....kerana setiap ciri2 apa yang aku nak, dia ada...paling penting dia boleh terima aku seadaanya dan juga boleh terima dugaan dan faham tentang cara kerja aku yg species WORKAHOLIC nih...Alhamdulillah...Memang benarlah kata orang tua2, kalau seseorang itu adalah jodoh kita, setiap segala urusan akan dipermudahkan dan dipercepatkan..... Siapa sangka perkenalan aku dengan dia hanya tak sampai 2 bulan, telah mencapai kata putus ke tali pertunangan 1 Januari 2011 nanti... Sedangkan sebelum ini aku telah berusaha untuk mengekal dan mempertahankan hubungan dengan seseorang atas dasar cinta, walaupun sudah 2 tahun, tapi akhirnya tak ke mana.... Aku sedar sekarang bahawa, cinta bukanlah segalanya... adalah lebih afdal jika cinta itu berputik selepas perkahwinan kerana ia adalah satu-satunya jalan yang diberkati dan dirahmati Allah swt.... Cinta tanpa persefahaman, tak mampu bertahan lama....Tapi jodoh adalah lebih kuat daripada cinta, kerana melalui jodoh, akan terbitlah nilai cinta yang sejati dan sebenar....

Oleh itu, aku telah bertekad dan berazam untuk berubah diri aku untuk menyiapkan diri untuk menjadi seorang suami yang soleh dan akan tinggalkan segala tingkahlaku buruk yang telah menzalimi orang lain dan juga diri aku sendiri..... Walaupun aku baru kenal dengan si dia, aku akan cuba memahami dan mempelajari dari segala kesilapan terhadap perhubungan lalu, untuk memberikan yang terbaik dalam hubungan kali ini. Kerana si dia bukan saja bakal jadi teman hidup aku, tapi bakal menjadi sebahagian daripada tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh ibubapanya. Insyallah akan aku jalankan kewajipan aku sebagai seorang anak dan suami sebaik mungkin.

Aku ambik kesempatan ini sempena usianya dah 21 tahun, aku nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR ke-21 buat insan teristimewa yang bernama RUBITTA RAHAIMI....

" Ruby, I tahu yang kita baru saje kenal, dan tak menjangkakan keadaan ini berlaku secepat ini, I tak tahu sama ada U boleh terima I seadanya sama ada dengan hati yang rela mahupun terpaksa, tapi percayalah, sejak I mula berkenalan dan lihat U, hati I rasa nak berubah dan secara tiba-tiba perasaaan ingin berkahwin semakin membuak2 dimana selama ini I asyik mengelak dan memberikan alasan tak ready lagi, tapi kali ini, apabila I dah dipertemukan dengan U dengan cara yang begitu unik sekali, I tak mampu melarikan diri dari hakikat lagi kerana I yakin seru I dah sampai.....


Walaupun I mungkin bukanlah lelaki yang mempunyai ciri2 taste yang U nak, tapi I cuba untuk memberikan yang terbaik hanya untuk U, I dah tinggalkan semua kenangan lalu semata-mata ingin hidup semati dengan U. Kerana mulai sekarang, U adalah penentu masa depan I, dan kenangan lama hanya secebis sejarah hidup I yang tak lagi memberi apa2 makna. I sedar, mungkin U sukar nak terima I buat permulaan ini, mungkin U pun belum boleh terima I sepenuhnya, tapi percayalah, berilah I peluang dan ruang untuk mendekati dan memahami isi hati U kerana I inginkan yang terbaik dan menghargai U sebaik2nya. Sepertimana luahan hati I menerusi lagu Sudirman di atas...

I tak kisah kalau I tak dapat berjumpa dengan U buat tempoh yang lama, I anggap itu adalah cabaran bagi I. Dan I sebagai lelaki akan sahut cabaran itu. Tapi asalkan I nak U tahu I dah mula mencintaimu dari awal perkenalan kita lagi. Sepertimana I cakap aritu, walaupun kita harap cinta kita hanya akan berputik selepas kawin, tapi I nak jadikan tempoh perkenalan dan pertunangan kita nanti dijadikan masa yang sesuai untuk menyemai benih cinta dan curahan air kasih sayang untuk memastikan cinta kita akan terus berbunga dan mekar pabila tiba tarikh kita akan disatukan kelak...PonMan loves U"....

Akhir kata, Salam Ulang Tahun dari PonMan... semoga hidupmu akan berpanjangan dan dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah swt.

Wassalam....

0

I AM THE HERO

Posted by PonMan on 4:22 AM


I AM THE HERO Trailer


1

My Name is KHAN : Pemulih keadaan untuk masyarakat Islam

Posted by PonMan on 2:41 AM

Salam, aku rasa ini adalah posting kedua untuk tahun 2010 dalam blog aku akibat bermulanya revolusi kehidupan kerjaya aku yang memerlukan komitmen tinggi sehingga aku banyak menghabiskan masa di studio, namun cuti raya Cina ini aku mengambil kesempatan untuk menjenguk pawagam untuk mengisi slot hiburan yang aku idamkan untuk merehatkan minda aku akibat stress kerja.

Melihat kepada senarai filem yang ditayangkan ketika ini, hati aku lebih tertarik untuk menonton filem My Name is Khan. Filem ini mula ditayangkan 12 Februari yang lalu. Apa yang peliknya filem ini tak pula ditayangkan di semua cinema2 tempatan, jadi tayangan pula bergantung kepada lokasi itu sendiri. Mesti ramai yang tertanya2 dalam banyak2 filem yang ditayangkan sekarang, kenapa mesti aku pilih citer ini jugak?

1st, ramai yang beranggapan aku nie kaki filem hindustan, well nak buat macamana sebab semua keturunan aku minat hindustan, lebih2 lagi kalau lakonan Shah Rukh Khan.... well to be honest, aku suka tgk lakonan dia dalam semua filem2 dia... admired bertempat okay.... 2nd, selalunya filem gandingan SRK n Kajol jarang sekali mengecewakan dan mesti bakal jadi filem hits or blockbuster seperti Kuch-Kuch Hota Hai dan Kabhi Kushi Kabhi Gham.... 3rd, sentuhan Karan Johar as director dalam filem2 sebelum ini pun banyak beri impak... bagi aku semua filem Karan Johar boleh la dikategorikan sebagai mesti tonton sepertimana kalau anda tonton semua filem arahan James Cameron.

Jadi berdasarkan 3 faktor utama diatas, aku yakin pelaburan menonton filem terbaru SRK kali ini akan berbaloi jika dibandingkan menonton filem2 sampah yang lain. Jadi aku bayar RM10 untuk show yg hampir 3 jam....


Dalam filem ini, Shah Rukh Khan memegang watak lelaki Muslim yang bernama Rizvan Khan yang mengalami sindrom Asperger sejenis masalah kecacatan atau fobia autism disorder sejak kecil. Kecacatan yang dialami olehnya boleh la diklasifikasikan sebagai kanak-kanak istimewa kerana beliau mengalami masalah interaksi dengan orang lain. Disebabkan kecacatannya itu, beliau terpaksa berhenti sekolah dan menuntut ilmu di rumah seorang guru yang menilai potensi IQ dan kebolehan yang ada padanya.

Setelah kematian ibunya, beliau bertekad untuk menjejaki adiknya yang belajar dan bekerja di Amerika Syarikat. Namun segalanya menjadi mimpi ngeri baginya apabila tiba di AS, yang ditahan semasa pemeriksaan di lapangan terbang (situasi yang sama yang pernah aku alami semasa aku belajar di London), malah akibat penyakit dan kecacatan yang dialaminya itu disalah tafsir sebagai kelakuan yang meragukan (suspicious behaviour) sehingga dilabelkan sebagai seorang pengganas. Ini ditambah pula dengan tindakan Rizvan yang menyatakan hasrat untuk pergi ke Washington DC untuk menemui dan memberi mesej khas Presiden AS.

Di dalam usaha Rizvan untuk menjejaki Presiden AS di seluruh Amerika, pengarah Karan Johar cuba mengalih perhatian kepada kehidupan lampau yang dilalui oleh Rizvan sepanjang hayatnya daripada kecil sehinggalah ke babak yang menjadi faktor utama kenapa beliau begitu bersungguh-sungguh untuk menemui Presiden AS. Setelah beliau menjejakkan kaki di AS, beliau tinggal bersama adik dan adik iparnya lalu ditawarkan bekerja bersama adiknya dalam syarikat kosmetik dan kesihatan Mehnaz. Melalui itu, dia menjadi seorang seller jalanan hinggalah menemui Mandira (Kajol) yang membuka butik saloon di San Francisco. Dan macam biasalah bibik2 cinta pun bermula....

Namun apa yang menariknya filem ini adalah usaha Karan Johar untuk berkongsi pengalaman kehidupan orang Islam di Amerika sebelum dan selepas peristiwa 11 September 2001. Sepertimana watak Rizvan Khan dengan Mandira yang berkahwin dan menukar nama kepada Mandira Khan, kehidupan rukun tetangga serta penerimaan masyarakat setempat terhadap kaum Islam di Amerika.

Konflik dalam filem ini bermula apabila berlakunya peristiwa 11 /9 itu yang mana mencetuskan perasaaan benci dan salah faham terhadap umat Islam. Berbekalkan sedikit rujukan daripada Al-Quran dan hadis dalam filem ini untuk memberi tafsiran apa maksud tersirat dalam hadis dan kitab untuk diterjemahkan dalam konteks kehidupan sekarang. Secara tak langsung dengan cara ini, kaum penganut agama lain boleh memahami secara ringkas atau general mengenai Islam. Sebagai contoh ada babak yang mana terjemahan hadis memberitahu bahawa kematian seseorang individu yang tak bersalah akan mengakibatkan kemusnahan sesuatu komuniti. Ini cuba digambarkan menerusi malapetaka 9/11 itu telah mengakibatkan kebencian terhadap komuniti Islam sehingga berlakunya perpecahan menerusi serangan rasis dan sekatan budaya seperti pemakaian tudung dan sebagainya.

Begitu juga dengan keluarga Rizvan yang turut menerima tempias akibat serangan 11/9 dimana mereka dipulaukan dan aktiviti perniagaan mereka merosot malah sehingga menyebabkan nyawa mereka sendiri terancam....akibat tekanan sebegini, Mandira bertekad untuk meninggalkan Rizvan kerana menanggap Rizvan sebagai punca utama segala konflik yang berlaku. Pun begitu, filem ini juga cuba menngetengahkan keindahan Islam itu sendiri seperti pemberian zakat dan derma, menghulurkan bantuan kepada golongan bukan Islam, dan sebagainya.

Selain itu, apa yang uniknya filem ini adalah kenapa watak utama Rizvan Khan lakonan Shah Rukh Khan ini dijadikan cacat dan bukannya insan biasa? Ini adalah soalan yang keluar daripada adik aku. Pada pandangan aku, watak Rizvan Khan ini bukan disengajakan untuk dijadikan cacat tapi sebenarnya mempunyai motif yang tersirat yang memerlukan penonton memahami secara lebih mendalam. Antaranya untuk mengajak penonton memahami kesukaran dan kelemahan serta isi hati yang dialami oleh golongan cacat tersebut. 2nd, untuk tidak memandang rendah keupayaan golongan cacat walaupun mereka bukanlah datang dari golongan berpendidikan tinggi tapi masih mampu mempelajari skill2 kemahiran asas serta pemikiran yang tajam dalam membuat keputusan. Dan yang paling penting, kemampuan dan daya usaha orang cacat seperti Rizvan Khan ini menandingi kemampuan orang biasa dalam usaha memulihkan keadaan dan menegakkan keadilan diri dan umatnya sendiri sehingga berjuang menjejaki Presiden AS.


Secara keseluruhannya, filem ini bukan saja membuatkan aku menitiskan air mata kerana sebak, tapi juga banyak memberikan pengajaran dan iktibar kepada semua penonton terutamanya kepada bangsa dan penganut agama lain untuk membuka minda dan membuang tanggapan negatif terhadap Islam. Malah filem ini turut memberikan mesej yang sangat jelas menerusi tagline, "My Name is Khan, and I'm not a Terrorist." sudah cukup untuk menggambarkan bahawa bukan semua Muslim adalah pengganas. Apa yang aku harapkan filem ini bakal menjadi salah satu kunci utama dalam memulihkan pandangan serong terhadap Islam dan kembalikan penyatuan manusia sejagat.


Sekiranya anda penggemar filem Bollywood mengharapkan atau menyangka filem ini tak terlepas daripada fantasi khayalan menerusi tarian irama dan lagu semata-mata seperti filem-filem lain, ternyata tanggapan anda meleset. Inilah pembaharuan yang cuba diketengahkan oleh Karan Johar untuk filem ini kerana mahu lebih fokus kepada jalan cerita dan mesej yang cuba disampaikan. Inilah satu tindakan mahupun langkah berani yang diambil oleh seorang pengarah yang bukan Islam yang cuba untuk memulihkan persepsi masyarakat barat terhadap Islam..... Sememangnya wajar dan layak diberikan pujian. Bagi aku inilah salah satu filem yang benar-benar mencapai objektif menerusi interaksi dengan akal dan naluri manusia dalam menilai baik dan buruk sehingga mencetuskan keinsafan dan kekesalan, dan bukan sekadar hiburan semata2.

Jadi aku amat berharap sekiranya filem-filem tempatan dapat menghayati dan mempelajari sesuatu daripada realiti kehidupan dan isu semasa yang diterapkan dalam filem ini yang penuh dengan mesej dan bukannya sekadar 'play safe' dan hanya bertumpu kepada comedy crap semata2. Asyik-asyik filem aksi komedi la, romantik komedi.... sampai bila kita perlu lekat dengan status komedi yang tak berikan apa2 faedah selain daripada gelak ketawa semata2 dalam panggung tapi bila habis tayangan, still dok fikir masalah hidup dan dunia.... Renung-renungkan dan selamat beramal.....

0

Kenangan 2009, Azam 2010

Posted by PonMan on 6:48 PM
Salam... dah lama jugak rasanya aku tak posting kat blog aku nie kan... kali terakhir pun rasanya hanyalah pada bulan November lalu..... tapi apa nak buat, bulan November dan Disember adalah bulan paling sibuk dalam sejarah hidup aku....

Tahun 2009, telah meninggalkan kita hampir seminggu yang lalu, tapi segala memori dan kenangan tahun 2009 masih lagi dalam ingatan... boleh kata, tahun 2009 merupakan tahun paling bermakna dalam hidup aku.... 2009, adalah tahun terakhir bagi aku untuk bergelar sebagai pelajar universiti di Limkokwing setelah hampir 5 tahun aku belajar disana.

Semester 5 tahun 2009, aku diketemukan semula dengan Max Schleser, lecturer aku paling rapat dan ramah yang aku kenali semasa pengajian satu semester di Limkokwing London pada April 2006. Bagaikan tak percaya apabila Max berada di Cyberjaya, Malaysia untuk mengajar utk subjek Multimedia Project 1 dalam kelas aku.... well, memandangkan aku dah lama kenal dengan dia, banyak benda yang kami kongsikan bersama... aku dah tak rasa kekok lagi utk berinteraksi dengan dia malah cara layanan dia kat aku pun mcm lebih kurang mcm kawan jugak la... sepanjang kehadirannya di Malaysia, aku ambik peluang nie utk membawanya pusing2 KL n merasai makanan di sini. Paling terpahat di ingatan aku, aku melihat gaya dan aksi Max makan nasi briyani di Jalan TAR... pergh, makan sampai licin pinggan tue.. paling lawak skali ialah masa dia ambik papadom pastu letak nasi atas papadom tue mcm makan pakai sudu, tak pun dia ambil papadom lg skeping, letak atas nasi tue plak dah jadi mcm burger..hahaha... kreatif, tak penah lg aku tengok org makan nasi mcm tue.... apa yg best pasal Max nie adalah dia seorang yang gemar mencuba semua jenis masakan yang dihidangkan without any doubt.

Then, adakalanya pula aku bawa dia makan kat kedai Tomyam di Dengkil, hurmm sama la jugak nampak berselera si Max nie makan, tapi bila ambik dan hirup kuah Tomyam tue, dia cakap sedap, mula2 nampak ok, pastu muka dah jadi merah.... lepas habis makan, dia sempat lagi order air 2 gelas air kosong tambah satu kopi.... haha, time tue baru nmpak riak wajah dia yg sebenarnya nak cover tak tahan pedas...... The best moment, aku bawa dia pi makan kat restoran Chop and Steak di Kg Baru, yg ada kapal tue. dengan family aku.. kali nie, dia makan nasi ayam szilling dgn air kelapa plak.... huhu berselera gak... apa2 pun dia ckp makanan di Malaysia adalah yg paling best.... macam2 ada....

Walaupun Max hanya berada di Malaysia utk tempoh yg singkat, namun kenangan seperti ini amat manis bagi aku... hopefully aku akan dapat jumpa dia lagi...coz he is my best lecturer that I met!! Menerusi ilmu yang dikongsi dalam teknologi mobile, maka terhasil lah sebuah karya aku yang telah dipilih sebagai finalist MSC Apicta Awards 2009 baru2 nie menerusi project 24 Hours Film-Mobilementary Project.

Cuti semester 5, aku gunakan kesempatan ini sepenuhnya dengan membuat plan rapi utk memulakan proses penggambaran (shooting) film pendek pertama aku yang bermula 25 - 26 Julai 2009. Alhamdulillah semua perancangan dan proses shooting berjalan dengan lancar walaupun kesihatan aku masa tue tak begitu mengizinkan kerana demam panas. Namun dengan hasil usaha dan kecekalan aku utk hadapi situasi sebegini, aku dapat siapkan juga filem pendek 'Revolusi J' ini. 26 Julai 2009, hari terakhir shooting, genap usia aku yang ke-23. ada la sikit jamuan dan makan lunch lps habis shooting...

Ok, untuk memendekan cerita aku, aku skip terus ke babak Convocation aku pada 19 Disember 2009 yang lalu. Hari yang bersejarah dalam hidup aku apabila buat kali kedua aku bergelar sebagai graduan cuma bezanya kali ini aku menerima degree utk course BA (Hons) in Creative Multimedia. Dan untuk pertama kalinya juga, aku telah naik ke pentas 2 kali untuk menerima 2 anugerah (satu anugerah ijazah, satu lagi anugerah yg dipanggil Industry Awards)... syukur alhamdulillah, dengan hasil usaha dan semangat aku utk siapkan final project short film 'Revolusi J' amat berbaloi, apabila ia telah diiktiraf oleh FINAS dan menerima Anugerah 'Indusry Awards : Best in Digital Video'.

Potret Graduan Creative Multimedia


BA (Hons) in Creative Multimedia dengan Limkokwing


Award Winner : Best in Digital Video

Award Winners : PonMan , ChoonXuan & Dafi AF5

Apa yang aku harapkan dengan kejayaan dan kenangan 2009 ini, akan menjadi aspirasi dan titik mula perjalanan karier dalam hidup aku yang akan bermula pada tahun 2010 ini.

Azam aku utk 2010 ini adalah untuk terus sukses dalam bidang yang aku ceburi selama ini, dengan memulakan karier aku sebagai Video Editor di CST Production, Ukay Perdana. Melalui peluang ini, aku akan cuba menimba ilmu dan pengalaman serta mengembangkan idea, bakal serta kreativiti yang aku miliki untuk memberi sumbangan dan manfaat kepada diri sendiri, syarikat dan juga client.

Falsafah aku utk tahun 2010:

"Orang yang berjaya tak semestinya dilahirkan sebagai pandai, sebaliknya mereka yang suka mencari peluang, menghargai peluang yang diberikan dan gunakan peluang yang ada di depan mata untuk memajukan diri. Mereka juga adalah golongan yang bijak memaksimakan kelebihan yang ada dalam diri mereka untuk menutup dan meminimakan kekurangan yang ada dalam diri mereka."


0

My Career Fair 2009 : Nak Cari Kerja @ Cari Pelanggan ?

Posted by PonMan on 3:25 AM

Aku sempat pergi ke pameran kerjaya "MYCareerFair 2009" yang kini diadakan di PWTC, bermula 13-15hb November ini. Aku punyalah bersemangat bangun awal pagi bersiap dan keluar dari rumah jam 8.00 pagi semata-mata hendak menuju ke pameran ini. Seperti yang dijangka, akibat kesesakan lalu lintas kebiasaannya berlaku pada waktu pagi dan kelembapan LRT dari Bukit Jalil ke PWTC menyebabkan aku tiba di lokasi kira-kira jam 9.50 pagi. Aku bernasib baik kerana aku sampai awal kerana pameran tue hanya akan dibuka pada jam 10.00 pagi.

Namun apa yang anehnya pameran kali ini, kehadiran pengunjung tak sehebat yang sebelumnya kerana sebelum ini, terpaksa bersesak2 nak isi borang dan menuju ke pintu masuk utama tapi sebaliknya pameran kali ini seolah-olah hanya bersantai saja, mungkin kalau ikut firasat aku, ia mungkin kerana masih awal lagi, lagipun hari Jumaat, maybe esok dan Ahad baru nak ramai kan....

Tapi apa yang "UNIK"nya pameran kerjaya kali ini, dari awal lagi terdapat banyak kelemahan dari segi sistem dan pengurusan :


1. Apa motif dan kegunaanya ONLINE APPLICATION dan UPLOAD RESUME sekiranya pengunjung terpaksa mengisi borang lagi pada pintu masuk utama pameran ini?

Pelik bukan. Aku sedar keadaan tentang kebodohan ini berlaku apabila aku terus pergi kaunter sambil cakap dengan makcik India yang jaga kaunter tue :

Aku: " Saya sudah register Online dalam website semalam, boleh saya ambil pas sticker terus?"

India : "Ada kertas borang ke belum?"

Aku: " Saya mana ada kertas borang sebab dah buat cara online, lagipun dalam tue tak suruh saya print pun!"

India : "Kalau tak ada, U isi ini borang dulu, baru U boleh masuk.."

Moral of the story: Apa gunanya register ONLINE kalau kena isi borang balik? Orang nak bagi mudah dan cepat urusan, jadi lambat balik..... BODOH! So bagi sapa2 yang nak pergi esok, korang pandai2 la berebut ambik borang tue pulak, jangan buang masa register online....

Dalam website cakap, bila register online, esok senang nak daftar pegi kaunter terus inform no IC, terus dapat bar code yang ada semua info seperti Resume kita.... hurmmm ICT la sangat kan.... Sembang Kemaih ja!




2. Tiada perkhidmatan fotokopi disediakan!

Memandangkan aplikasi REGISTER ONLINE dan UPLOAD RESUME hanya tinggal hangat2 tahi ayam, maka aku pun tak expect la untuk sediakan salinan resume aku nie kerana menyangka semuanya bakal jadi mudah apabila semuanya ada kemudahan ONLINE apabila info maklumat dan resume kita boleh dicapai menerusi bar code yang akan diberi. Tapi sebagai langkah back up, aku bawa juga la fail berisi resume dan semua sijil-sijil asal dan transkrip aku sebagai rujukan kepada syarikat yang berminat. Tapi bila dah sistem kembali menjadi manual dengan mengisi borang, maka terpaksalah aku isi maklumat diri aku sebanyak 10 kali untuk syarikat yang berbeza. Letih bukan?

Tapi lepas saja isi borang, aku diminta untuk serahkan salinan resume sekali, tapi akibat kebodohan sistem pengurusan event nie, so aku x dapat berikan la, tapi aku masih lagi mencari alternatif untuk membuat salinan resume aku. Dan semestinya, apa yang terlintas di fikiran aku, mesti pihak pengurusan event akan sediakan servis fotokopi untuk kemudahan pengunjung dan syarikat yang sertai pameran tue, tapi sangkaan aku meleset sekali sambil tertanya-tanya,

"Mengapakah tak ada seorang pun staf atau wakil pengurusan mengambil langkah inisiatif sediakan servis fotokopi ini sekiranya tahu sistem REGISTER ONLINE ini tak lagi digunapakai?" Tak reti fikir logik atau prihatin kah mereka ini? Punya la penat aku cari kaunter pertanyaan dan area yang sesuai untuk buat salinan ini, tapi yang tinggal hanya kiosk kosong yang diisi oleh staf goyang kaki : Sorang ambil FOTO, sorang minum KOPI.. Jadi betullah ia kaunter FOTOKOPI......



3. Booth @ Kiosk Biznes lagi banyak dari Booth @ Kiosk syarikat yang nak cari pekerja!

Ini pun pelik jugak. Cakap Career Fair tapi nape banyak plak booth @ kiosk nak cari pelanggan pulak nie? Adakah aku yang salah masuk pameran atau pameran itu yang salah nama, atau syarikat nak cari pelanggan tue tak paham erti Career Fair or Pameran Kerjaya ini? Bayangkan sekiranya anda terjumpa kaunter seperti Celcom Broadband dan seumpama dengannya di pameran tersebut, adakah tujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada pengunjung untuk berkhidmat bersama Celcom atau syarikat telekomunikasi yang lain atau sekadar melariskan dan mempromosikan produk mereka? Salah topik kot....

Itu satu hal, ada pulak menyalahgunakan term 'Career @ Kerjaya' ini dengan membuat plan MLM (Multi-Level Marketing) atau dalam bahasa orang tua-tua cakap, skim cepat kaya.... memang la semua orang nak kerja dan cari duit..... tapi untuk melabur dalam skim ini, bagi aku bukanlah satu kerjaya cuma ianya pendapatan sampingan.... so, kalau ini adalah pameran usahawan atau biznes, aku tak kisah la sebab memang topik untuk menjana ekonomi dan pendapatan pun.... ini tidak, siap ada servis rawatan resdung la, urut tradisional la.... aduh!!!!




4. Ada pulak syarikat yang sertai pameran kerjaya ini hanya sekadar membuat pameran produk saja....

kalau company tue buat sistem enjin, just tunjuk model prototaip enjin tue dan bagi sikit penerangan.... so apa kerjaya yang disediakan? Ini bukan pameran sains, teknologi, inovasi atau kejuruteraan....

Hurm kesimpulannya, pergi MyCareer Fair 2009 kali ini, aku hanya buang masa saja..... lebih baik aku tak pergi dan sambung tido nyenyak jer pagi tadi sebab hujan.... buat pihak penganjur, aku harap lepas ini tak ada dah kelemahan-kelemahan kat atas nie lagi.... menyusahkan orang jer....

2

Jambatan Melaka - Dumai : Mercu Tanda atau Malapetaka?

Posted by PonMan on 2:56 AM

Apa yang anda bayangkan sekiranya Jambatan Melaka ke Dumai, Sumatera akan siap dibina kelak? Adakah ia memberikan kelebihan kepada Melaka secara khususnya mahupun Malaysia secara amnya atau hanya memberikan kelebihan kepada pihak Indonesia semata-mata sekaligus bakal menjadi salah satu lg mercu tanda atau malapetaka buat Malaysia?

Walaupun idea ini dikatakan telah dicadang oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, majoritinya tak bersetuju. Masalahnya sekarang bukan isu idea pembinaan jambatan ini datang dari siapa, tapi kesan dan implikasi kepada kita kelak.... Adakah kita dah fikir habis Pro dan Kontra nya sehingga ia diluluskan begitu saja?

Cadangan bina jambatan Melaka-Dumai akan diteruskan

12/11/2009 6:08pm

MELAKA 12 Nov. — Cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Melaka dengan Dumai di Sumatera, merentangi Selat Melaka akan diteruskan walaupun ada pihak yang membantah, persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka diberitahu hari ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, pembinaan jambatan sepanjang 35 KM yang melibatkan kos kira-kira RM44 bilion itu akan dilaksanakan oleh syarikat swasta.

"Exim Bank of China dilaporkan telah bersetuju untuk membiayai sehingga 85 peratus kos pembinaan jambatan ini manakala baki 15 peratus lagi disediakan oleh syarikat swasta terbabit,” katanya ketika menjawab usul yang dikemukakan oleh Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) supaya projek pembinaan jambatan berkenaan dibatalkan memandangkan ia tidak praktikal.

- BERNAMA

Jadi mari kita lihat pandangan daripada pelbagai sudut :

Merujuk kepada pandangan Hasbullah Pit:

Sekiranya jambatan itu dibuat, yang menerima kesan adalah penduduk penduduk Dumai dan Melaka. tempiasnya akan sampai ke Muar dan Seremban dan Sepang. Orang Dumai yang sakit Jantung boleh pergi ke Hospital Jantung Swasta Sime Darby yang letaknya di Merlimau. Orang Melaka juga boleh berniaga di Dumai dan sebaliknya. "Pelancongan" automatik bagi kedua belah pihak. Tak perlu Ali Rustam berikan Gelaran Datuk kepada orang Indonesia supaya meningkatkan kedatangan mereka. Tatkala Ekonomi gawat, tetapi masih lagi ada duit. Pembinaannya "sekarang" mampu merancakkan ekonomi. Usah anggap ianya hanya perlu guna duit kerajaan. Kosnya harus ditanggung oleh 2 negara.


Ini pula pandangan salah sorang forumer dalam satu postnya :

Ini akan membuka lembaran baru yang lebih menguntungkan kepada kedua-dua negara melalui pelbagai bidang di samping mengeratkan lagi hubungan serumpun. Cuba bayangkan jumlah penduduk Sumatera yang kini mencecah 70 juta orang dan jika 10 peratus yang datang ke Melaka untuk melancong angka itu mencatat kepada 7 juta orang.Sudah tentu sektor pelancongan di Melaka akan lebih berkembang maju terutama pelancongan kesihatan yang mana kemudahan yang ditawarkan di sini sememangnya menarik minat penduduk di Sumetera. Sememangnya, Melaka menjadi tumpuan pelancong dari Indonesia terutama penduduk Sumatera kerana mereka berasa selesa apabila berada di negeri ini.


Pandangan-pandangan di atas adalah pandangan individu, apa yang kita lihat dan baca di atas hanya berdasarkan Pro semata-mata tanpa melihat Kontra atau pun rasional sedalam-dalamnya lagi.... cuba kita fikir :

1. Adakah perlu orang Dumai yang sakit Jantung boleh pergi ke Hospital Jantung Swasta Sime Darby yang letaknya di Merlimau?

Pandangan saya: Selalunya kalau ada terjadi insiden yang melibatkan nyawa dan kecemasan, selalunya orang akan mencari hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan segera dan menyelamatkan nyawa. Jadi bayangkan sekiranya orang Dumai yang cedera parah perlu dikejarkan ke hospital yang terletak jauh di sempadan negara jiran terletak di Merlimau pulak semata-mata nak dapatkan rawatan. Berbaloikah? Mungkin kemudahan insfrastruktur dan fasiliti hospital di Malaysia lebih baik dari Dumai, tapi sempatkah nyawanya diselamatkan atau hanya mampu dapat bertahan separuh jalan jambatan tue?


2. Mahukah Orang Melaka berniaga di Dumai dan sebaliknya dengan adanya jambatan ini kelak?

Pandangan saya: Rasanya dok negeri Melaka saja pun banyak nikmat dan rezeki dah mencurah-curah kerana banyak pelancong datang sebab Melaka dah jadi tarikan sejarah sehingga diiktiraf sebagai salah satu Kota Warisan Dunia, jadi rasanya tak perlu kot mereka hendak mencari rezeki di Dumai (walaupun tak salah, kerana ia hak individu untuk menjalankan perniagaan di mana2) kerana Melaka saja pun adalah kawasan yang strategik dan selamat daripada kawasan gegaran gempa bumi. Jadi, adakah orang Melaka bersedia mencari penyakit atau ingin merasai 'nikmat' bencana alam di Sumatera dengan meluaskan perniagaan mereka? Rasanya tak berbaloi kot dengan melayangkan nyawa sendiri.



Tapi sebaliknya ia akan menguntungkan orang Sumatera kerana dengan adanya jambatan ini, adalah satu lagi "pelancongan" atau "pelencongan" atau "laluan pintu kecemasan alternatif" nak elakkan daripada bencana alam yang menimpa mereka. Bayangkan, sekarang ini tak ada jambatan pun, masih senang pendatang haram masuk Malaysia melalui jalan laut (ini pun susah nak kawal)...... inikan pula membuka lagi jalan bagi mereka untuk masuk secara haram melalui jambatan ini kononnya 'atas tiket atau alasan pelancongan'.... mungkin lagi mudah keja bagi pihak tekong2 untuk menyeludup apa saja. Mampukah kita mengawalnya apabila jambatan ini menjadi laluan trafik Malaysia - Indonesia nanti?

3. Adakah Indonesia mahu bersama-sama tanggung kos pembinaan jambatan ini atau hanya menjadi lebih teruk daripada Singapura?

Pandangan saya: Mata wang Indonesia sekarang pun nampak tak stabil dan jauh lebih rendah nilainya daripada ringgit Malaysia.... Daripada mereka habiskan dana untuk jambatan ini, lebih baik mereka gunakan dana itu untuk baiki insfrastruktur yang rosak akibat tsunami, gempa bumi mahupun bencana alam yang lain.... dan akhirnya kitalah lagi jadi 'sponsor' kerana kita sememangnya amat terkenal dengan sifat 'pemurah'. Kalau ikut perkembangan semasa, nampaknya hanya China Exim Bank boleh membiayai sehingga 85 peratus daripada kos AS$12.5 bilion (kira-kira RM43.75 bilion) dan selebihnya ditanggung sendiri pemegang kepentingan jambatan itu, iaitu Straits of Malacca Partners Sdn. Bhd., katanya di Seminar Projek Jambatan Selat Melaka di sini. Jadi dimanakah sumbangan Indonesia untuk biayai kos pembinaan jambatan ini?

4. Adakah dengan adanya jambatan ini akan membuka lembaran baru yang lebih menguntungkan kepada kedua-dua negara melalui pelbagai bidang di samping mengeratkan lagi hubungan serumpun?

Pandangan saya: Ya, ia akan menguntungkan kedua-dua negara. Tapi sejauhmana keuntungan itu memberikan kebaikan kepada kedua-dua negara ini? Bagi Malaysia, mungkin hanya nampak keuntungan dari segi ekonomi, sama ada dari segi aspek Pelancongan atau Pengangkutan.... tapi apa yang saya lihat disini,
trafik di atas jambatan itu dianggarkan kira-kira 15,000 kenderaan dan caj tol setiap kenderaan boleh dikenakan antara AS$75 (kira-kira RM262.5) hingga AS$85 (kira-kira RM297.5).

Balik-balik Tol lagi.... Nampaknya rakyat Malaysia sendiri bakal dibebani lagi dengan tol. Berapa banyak dah tol di Malaysia sekarang ini? Memang ianya satu pelaburan yang menguntungkan bagi pihak kontraktor dan pihak yang ada 'share' atau kepentingan dalam projek ini kerana tiap-tiap hari ada 'income' tambahan.... Tapi sedar atau tidak, ekonomi ini jugalah mungkin ada malapetakanya. Bayangkan sekiranya kita asyik leka dan tenggelam dek hujan duit yang melimpah ruah ini sebenarnya bakal menggadaikan nyawa rakyat sendiri seolah-olah kita biarkan negara kita dijajah semula hanya semata-mata kerana duit.


Bayangkan sekiranya puak2 anti-Malaysia yang gelarkan diri mereka BENDERA ini yang begitu tekad dan bersungguh-sungguh sekali untuk hapuskan rakyat Malaysia dalam kempen GANYANG (SWEEPING) MALAYSIA ini mengambil kesempatan dengan menyamar dan gunakan jambatan ini sebagai laluan utama untuk memberontak dan membuat onar di negara kita? Mungkin anda sendiri pun tak terfikir bukan tentang kemungkinan ini? Tapi seperti cakap orang tua-tua, beringatlah sebelum kena.

5. Adakah dengan adanya jambatan ini mengeratkan lagi hubungan SERUMPUN?

Pandangan saya: Sebelum kita pergi lebih jauh, saya ingin bertanya adakah kita faham apa makna itu Serumpun? Adakah rakyat Indonesia terutamanya puak BENDERA ini faham apa maknanya? Bagi saya, serumpun ini boleh diibaratkan sebagai sama atau dua beradik. Dan selalunya dalam satu keluarga, akan ada persamaan bergantung kepada cara hidup dan sosioekonomi keluarga tersebut. Jadi, ia sama juga bagi negara yang gelar sebagai serumpun ini. Oleh itu, rasanya tak patut puak BENDERA dan media Indonesia ini menjadikan isu 'curi' , 'ciplak' atau apa2 saja istilah yang menggambarkan keburukan Malaysia hanya kerana kita miliki nilai budaya yang sama.

Kalau Indonesia boleh bangga dengan Wayang Kulit dan Batik, Malaysia pun ada juga unsur yang sama... kerana kita serumpun ma!!!! Jadi tak puas hati apanya lagi? Jangan lupa, banyak juga rakyat Indonesia sekarang dah jadi mastautin tetap di Malaysia melalui perkahwinan dan persaudaraan, sudah tentu mereka akan turunkan ajaran dan adat budaya asal mereka kepada anak-anak mereka yang automatik jadi rakyat Malaysia. Jadi Lu Mengerti La Sendirik.... Apalah nasib dengan Malaysia yang dah dilabel macam-macam oleh jiran 'serumpun' kita nie? Nampaknya kita amat 'terpedaya' dengan perkataan serumpun ini, dalam masa yang sama kita tolong mereka hantar bantuan bencana alam di tempat mereka dan di negara kita sendiri pun kita tolong wujudkan peluang pekerjaan dan rezeki yang banyak, tapi nampaknya balasan 'buluh runcing'lah yang diberi oleh Indonesia kerana "Kita Serumpun"......


Kesimpulannya, ingatlah dan fikirkanlah baik buruk terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan sebelum terlambat. Mungkin sekarang kita boleh berbangga jambatan ini bakal menjadi mercutanda baru kerana mungkin bakal jadi jambatan terpanjang di dunia tapi lewat kelak kita bakal ditimpa malapetaka. Adakah kita sanggup gadaikan nyawa rakyat dan maruah negara kerana keuntungan ekonomi melalui jumlah kutipan tol yang tinggi? Adakah kita perlu tunggu keadaan seperti dibawah ini terjadi baru nak sedar? Bayangkan jika laluan jambatan ini dikuasai dan disekat oleh puak2 BENDERA yang mahu BERJIHAD hapuskan MALAYSIA ini.... Renung-renungkan....



Copyright © 2009 PonMan Creative Mind All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.