0

My Career Fair 2009 : Nak Cari Kerja @ Cari Pelanggan ?

Posted by PonMan on 3:25 AM

Aku sempat pergi ke pameran kerjaya "MYCareerFair 2009" yang kini diadakan di PWTC, bermula 13-15hb November ini. Aku punyalah bersemangat bangun awal pagi bersiap dan keluar dari rumah jam 8.00 pagi semata-mata hendak menuju ke pameran ini. Seperti yang dijangka, akibat kesesakan lalu lintas kebiasaannya berlaku pada waktu pagi dan kelembapan LRT dari Bukit Jalil ke PWTC menyebabkan aku tiba di lokasi kira-kira jam 9.50 pagi. Aku bernasib baik kerana aku sampai awal kerana pameran tue hanya akan dibuka pada jam 10.00 pagi.

Namun apa yang anehnya pameran kali ini, kehadiran pengunjung tak sehebat yang sebelumnya kerana sebelum ini, terpaksa bersesak2 nak isi borang dan menuju ke pintu masuk utama tapi sebaliknya pameran kali ini seolah-olah hanya bersantai saja, mungkin kalau ikut firasat aku, ia mungkin kerana masih awal lagi, lagipun hari Jumaat, maybe esok dan Ahad baru nak ramai kan....

Tapi apa yang "UNIK"nya pameran kerjaya kali ini, dari awal lagi terdapat banyak kelemahan dari segi sistem dan pengurusan :


1. Apa motif dan kegunaanya ONLINE APPLICATION dan UPLOAD RESUME sekiranya pengunjung terpaksa mengisi borang lagi pada pintu masuk utama pameran ini?

Pelik bukan. Aku sedar keadaan tentang kebodohan ini berlaku apabila aku terus pergi kaunter sambil cakap dengan makcik India yang jaga kaunter tue :

Aku: " Saya sudah register Online dalam website semalam, boleh saya ambil pas sticker terus?"

India : "Ada kertas borang ke belum?"

Aku: " Saya mana ada kertas borang sebab dah buat cara online, lagipun dalam tue tak suruh saya print pun!"

India : "Kalau tak ada, U isi ini borang dulu, baru U boleh masuk.."

Moral of the story: Apa gunanya register ONLINE kalau kena isi borang balik? Orang nak bagi mudah dan cepat urusan, jadi lambat balik..... BODOH! So bagi sapa2 yang nak pergi esok, korang pandai2 la berebut ambik borang tue pulak, jangan buang masa register online....

Dalam website cakap, bila register online, esok senang nak daftar pegi kaunter terus inform no IC, terus dapat bar code yang ada semua info seperti Resume kita.... hurmmm ICT la sangat kan.... Sembang Kemaih ja!




2. Tiada perkhidmatan fotokopi disediakan!

Memandangkan aplikasi REGISTER ONLINE dan UPLOAD RESUME hanya tinggal hangat2 tahi ayam, maka aku pun tak expect la untuk sediakan salinan resume aku nie kerana menyangka semuanya bakal jadi mudah apabila semuanya ada kemudahan ONLINE apabila info maklumat dan resume kita boleh dicapai menerusi bar code yang akan diberi. Tapi sebagai langkah back up, aku bawa juga la fail berisi resume dan semua sijil-sijil asal dan transkrip aku sebagai rujukan kepada syarikat yang berminat. Tapi bila dah sistem kembali menjadi manual dengan mengisi borang, maka terpaksalah aku isi maklumat diri aku sebanyak 10 kali untuk syarikat yang berbeza. Letih bukan?

Tapi lepas saja isi borang, aku diminta untuk serahkan salinan resume sekali, tapi akibat kebodohan sistem pengurusan event nie, so aku x dapat berikan la, tapi aku masih lagi mencari alternatif untuk membuat salinan resume aku. Dan semestinya, apa yang terlintas di fikiran aku, mesti pihak pengurusan event akan sediakan servis fotokopi untuk kemudahan pengunjung dan syarikat yang sertai pameran tue, tapi sangkaan aku meleset sekali sambil tertanya-tanya,

"Mengapakah tak ada seorang pun staf atau wakil pengurusan mengambil langkah inisiatif sediakan servis fotokopi ini sekiranya tahu sistem REGISTER ONLINE ini tak lagi digunapakai?" Tak reti fikir logik atau prihatin kah mereka ini? Punya la penat aku cari kaunter pertanyaan dan area yang sesuai untuk buat salinan ini, tapi yang tinggal hanya kiosk kosong yang diisi oleh staf goyang kaki : Sorang ambil FOTO, sorang minum KOPI.. Jadi betullah ia kaunter FOTOKOPI......



3. Booth @ Kiosk Biznes lagi banyak dari Booth @ Kiosk syarikat yang nak cari pekerja!

Ini pun pelik jugak. Cakap Career Fair tapi nape banyak plak booth @ kiosk nak cari pelanggan pulak nie? Adakah aku yang salah masuk pameran atau pameran itu yang salah nama, atau syarikat nak cari pelanggan tue tak paham erti Career Fair or Pameran Kerjaya ini? Bayangkan sekiranya anda terjumpa kaunter seperti Celcom Broadband dan seumpama dengannya di pameran tersebut, adakah tujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada pengunjung untuk berkhidmat bersama Celcom atau syarikat telekomunikasi yang lain atau sekadar melariskan dan mempromosikan produk mereka? Salah topik kot....

Itu satu hal, ada pulak menyalahgunakan term 'Career @ Kerjaya' ini dengan membuat plan MLM (Multi-Level Marketing) atau dalam bahasa orang tua-tua cakap, skim cepat kaya.... memang la semua orang nak kerja dan cari duit..... tapi untuk melabur dalam skim ini, bagi aku bukanlah satu kerjaya cuma ianya pendapatan sampingan.... so, kalau ini adalah pameran usahawan atau biznes, aku tak kisah la sebab memang topik untuk menjana ekonomi dan pendapatan pun.... ini tidak, siap ada servis rawatan resdung la, urut tradisional la.... aduh!!!!




4. Ada pulak syarikat yang sertai pameran kerjaya ini hanya sekadar membuat pameran produk saja....

kalau company tue buat sistem enjin, just tunjuk model prototaip enjin tue dan bagi sikit penerangan.... so apa kerjaya yang disediakan? Ini bukan pameran sains, teknologi, inovasi atau kejuruteraan....

Hurm kesimpulannya, pergi MyCareer Fair 2009 kali ini, aku hanya buang masa saja..... lebih baik aku tak pergi dan sambung tido nyenyak jer pagi tadi sebab hujan.... buat pihak penganjur, aku harap lepas ini tak ada dah kelemahan-kelemahan kat atas nie lagi.... menyusahkan orang jer....

0 Comments

Copyright © 2009 PonMan Creative Mind All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.