2

Filem Edisi Khas : Budak Kelantan ver 2.0

Posted by PonMan on 12:28 AM

JUMLAH KUTIPAN BOX - OFFICE KINI MENCECAH RM 214,000!

Filem ini sebenarnya tiada langsung kaitan dengan Filem Budak Kelantan yang telahpun ditayangkan sebelum ini, lakonan Danny X-Factor dan Bienda sebaliknya filem ini adalah dokumentari pendek seumpama filem Micheal Jackson sekarang ditayangkan, "This Is It" yang menceritakan pengalaman seorang penyokong yang berasal dari Kelantan yang pertama kali jejak kaki ke Kuala Lumpur dan Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan sambil memberikan 'buah tangan' berbentuk mercun dan bunga api untuk dilontar ke tengah padang sebagai salah satu syarat wajib masuk stadium (tak sama seperti melontar jamrah).....

Synopsis filem ini:

Mat Budu, merupakan salah seorang remaja yang pakar membuat mercun terkenal di Kelantan dan juga penyokong fanatik pasukan bola sepak Kelantan. Sejak kebangkitan pasukan Kelantan yang menakjubkan pada musim ini dalam liga bolasepak Malaysia, stadium Sultan Mohammad Ke-IV sering dipenuhi oleh penyokong setia mereka sekaligus secara tak langsung melariskan jualan mercun Mat Budu yang sebelum ini hanya bergantung kepada pasaran hari raya semata-mata. Sejak daripada itu, Mat Budu terus berusaha mempelbagaikan hasil kreativiti dan karya mercunnya lalu mencubanya pada setiap perlawanan di stadium keramat mereka di Kota Bharu tersebut untuk menarik perhatian penyokong, media dan terutamanya anggota FRU dan keselamatan.

Apabila pasukan skuad jolokan Kijang ini mara ke final yang akan berlangsung di Bukit Jalil pada 7 November 2009, Mat Budu bertekad untuk meluaskan pasarannya di sekitar Lembah Kelang dan yakin perniagaannya akan lebih menguntungkan kerana dapat lakukan promosi bahan letupannya secara tak langsung menerusi siaran secara langsung di TV1 sekaligus bakal menarik perhatian seluruh dunia yang menyaksikannya. Apa yang penting baginya jualan mercunnya lebih laris dan terkenal di seluruh dunia walaupun pasukannya tewas 1-3 di tangan Negeri Sembilan.

Namun, tanpa diduga, walaupun hasil mercun Mat Budu disaksikan diseluruh dunia, tindakan Mat Budu itu telah mengundang padah kepadanya kerana mercunnya terkena kepala salah seorang petugas RTM yang mengakibatkan kepalanya berdarah. Tindakan tersebut telah menyebabkan Mat Budu diburu oleh kumpulan FRU. Bagaimanakah kesudahan filem ini? Adakah Mat Budu berjaya melarikan diri daripada anggota FRU atau sebaliknya? Nantikan kemunculannya di pawagam berdekatan anda....

Credit to Obefiend

2 Comments


bila mau shooting

aku nak koordinate adengan letop meletop

Copyright © 2009 PonMan Creative Mind All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.