1

Jin Notti mungkin gagal?

Posted by PonMan on 7:18 AM

Desas desus khabar angin mengatakan bahawa filem Jin Notti, lakonan gandingan pertama Mawi dan Fara Fauzana yang bakal ditayangkan 2o September ini di pawagam seluruh negara kurang sengat dan mungkin gagal? Mengapa? Mengapa filem-filem Melayu sering gagal dan lebih sedih lagi sering dilabel sebagai filem sampah? Ini sekali lagi membuatkan gerak hati aku untuk menonton filem ini bolehlah dilupakan dan patut tunggu saja ditayangkan di kaca TV pada hari raya tahun depan.

Menurut artikel ditulis dalam akhbar UTUSAN, filem yang menelan bajet lebih RM1 juta itu boleh dikategorikan dijangka mengundang pelbagai reaksi. Ada jugak yang kata dan kritik lakonan pertama MAWI kali nie agak kaku dan kurang feel. Ada juga beberapa babak dalam filem ini yang dilihat meleret-leret selain penonjolan lawak yang kurang segar untuk 'menggeletek' hati penonton. Sebagai contoh, apakah perlu Nabil (Raja Lawak) memasukkan unsur-unsur filem Sifu & Tongga ke dalam Jin Notti?.

Begitu juga kepada Cat Farish yang memegang watak Jinbara. Perlakuannya yang sering mengorek pusat menggunakan jari bukanlah sesuatu yang lawak tetapi mampu menimbulkan rasa jijik (LAWAK SANGAT KER?) Babak macam ini mengingatkan aku kepada filem Antoo Fighter dimana babak Radhi OAG (yang kononnya nampak seperti lawak tapi sebenarnya bodoh) bila pakai baldi kecil letak atas kepala. Babak pergaduhan membabitkan Mawi yang melakonkan watak Aziz dan Corie (Taiko) dalam sungai turut dilihat seakan tidak natural.

Bagaimanapun, pengarah filem ini patut rasa bersyukur kerana kesan khas CGI hasil daripada kecanggihan teknologi komputer sekarang banyak menyelamatkan jalan cerita dan menutup kelemahan filem ini. Bayangkan sekiranya tiada CGI, apakah filem Jin Notti hanya akan dilabel Naughty or Dirty?

Kadang-kadang, aku berfikir kenapa kita mudah bersikap puas hati atau suka tonjolkan kelemahan atau jalan stereotype yang sama dan genre komedi yang agak slaptikal walaupun bajet yang diperuntukkan lebih dari RM1juta? Adakah nilai RM1juta itu hanya mampu menghasilkan filem-filem seperti ini dan kenapa tidak kita gunakan nilai peruntukan yang diberi itu untuk menghasilkan filem yang lebih baik dan cuba keluar dari kepompong filem stereotype, slaptikal, komedi bodoh yang selalu menjadi idea para pengarah zaman sekarang sehingga ada yang gelar filem Melayu hanyalah filem sampah seperti Antoo Fighter dan Sifu & Tongga?


Filem terbaru yang ditayangkan, Final Destination pula masih mengekalkan elemen ganas dan seram tapi apa yang uniknya setiap sequel filem Final Destination ini semua kejadian aneh yang ganas dan seram ini adalah berpunca daripada kebetulan yang logik dan kesilapan manusia semata-mata tanpa perlu melibatkan hantu atau roh. Mungkin genre seram tempatan harus belajar mencambahkan idea bagaimana untuk menghasilkan filem seperti ini tanpa perlu mengharapkan kepada hantu, jin, pontianak dan lebih lagi hanya terpekik menjerit sana sini tanpa mesej yang jelas. Malah rasanya tak perlu tonjol kot perkara yang mungkin takkan berlaku seperti dalam filem Jangan Pandang Belakang vs Congkak, ada plak aksi toyol pandai merempit la, entah apa-apa la, filem Melayu sekarang..... hurmmmm....


Copyright © 2009 PonMan Creative Mind All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.