2

Police In Action....

Posted by PonMan on 7:55 AM

Hari nie, 12 Oktober 2009 sekitar jam 2.00 petang aku dan housemate baru jer keluar makan lunch kat area Jusco Equine Park , Seri Kembangan.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dan menuju ke persimpangan lampu isyarat, tiba - tiba nampak suasana panik kat simpang tue... aku ingatkan lampu isyarat rosak lagi ke, aksiden ke, tapi peristiwa tadi paling aneh la dalam hidup aku...

Mahu taknya, masa kereta bergerak menuju ke arah lampu isyarat tue, tiba-tiba ada sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol dan submachinegun MP5 berlari-lari atas jalan sambil jerit, " Ketepi, ketepi"... Kami pun dah cuak la, ingatkan diorang tue penjenayah nak lari ke, ada bom kat keta Honda Accord yang berhenti kat simpang tue ke... Keta Honda Accord tue dah dilanggar dari arah depan dengan keta Hilux... so aku rasa mmg suspek jenayah tue dah kena kepong dan terperangkap dalam tue la...

So dengan langkah spontan, kami pun saje buat2 patah balik dan ambik la video dari hp nie... sori la klu x clear.... apa2 pun nie ada gak gambar yang lebih jelas diambil dari forum Low Yat oleh Jiggy Head.



Keratan dari Utusan Online:

Dua perompak bank ditembak

12/10/2009 10:04pm

SUBANG JAYA 12 Okt. — Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam tiga siri rompakan bank di sekitar Lembah Klang sejak dua bulan lepas ditembak mati dalam kejadian berasingan hari ini.

Lelaki pertama yang berusia 33 tahun ditembak mati di Persiaran Equine Perdana Seri Kembangan berhampiran pusat membeli-belah Jusco pada kira-kira pukul 2.15 petang, manakala kejadian kedua membabitkan lelaki berusia 41 tahun di persimpangan Gohtong Jaya, Genting Higlands pada kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan ketika ditemui di Equine Perdana mengesahkan kejadian itu, tetapi enggan mengulas lanjut. - Bernama




2 Comments


OOooo. Hat ni paid aman ada cita kat aku. Umah hg kira dekat ja la ngan paid aman no?


Dekat ja, tapi x penah jumpa dia pun... almaklumlah kawan tue dah untung sakan biznes dia asyik bz ja... mmber2 lama pun xdak masa dah nk jumpa... huhu

Copyright © 2009 PonMan Creative Mind All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.