1

Ghajini = Memento?

Posted by PonMan on 7:50 PM

Bila aku tengok jer poster filem Ghajini kat atas nie, dah nampak sedikit persamaan jalan citer dengan filem Memento, hasil karya Christoper Nolan pada tahun 2000. Ghajini, filem lakonan Aamir Khan ini mengisahkan kehidupan seorang usahawan, Sanjay Singhania menghadapi masalah implikasi 'Short-Term Memory Lost' atau masalah bina memori jangka pendek (hanya mampu bertahan mengingati selama 15 minit) akibat kesan hentakan penjahat di zaman silamnya. Dan disebabkan kesan hentakan itu, hidupnya banyak bergantung kepada gambar-gambar dan nota-nota serta tatu di badannya dalam misi untuk mencari siapakah Ghajini!


Keseluruhan idea dan konsep cerita ini adalah sama seperti filem Memento lakonan Guy Pearce, juga mengalami masalah 'short term memory lost' cuma bezanya Ghajini adalah versi Bollywood yang tak lepas daripada unsur-unsur wajib ada dalam filem Bollywood seperti nyanyian dan sebagainya. Tetapi keunikan citer Memento masih lagi terserlah kerana ia diceritakan secara 'backwards' dimana anda boleh lihat 'ending' pada 'intro'nya dan 'intro'nya pula hanya akan diketahui apabila hampir ke 'ending'nya. Walaupun Memento masih unik, namun aku yakin bukanlah mudah untuk semua orang memahami jalan citer Memento yang telah diubahsuai sedemikian rupa dan mengambil masa untuk memahaminya, tapi secara tak langsung naratif non-linear seperti ini sedikit sebanyak mempengaruhi minda penonton untuk berada di tempat watak utama itu sendiri dan anda sendiri akan alami penyakit 'short-term memory lost' ini.

1 Comments


Filem jenis ni nampak macam menggunakan teknik adaptasi cerita. Suasananya atau pemegang wataknya mungkin diubah tetapi jalan cerita masih sama.

Aku xnah menonton lagi filem Ghajini ni walupon dah dengar lagunya. Filem jenis macam nih banyak dibuat di Indong kerana indong pon pemaling yang kuat mengata orang gak. Aku xpernah menonton filem indong kecuali satu saja iaitu Kuntilanak, tu pon sebab aku terpaksa beli tiket wayang sebab dah sampai kat depan kaunter dan filem yang aku nak tengok dah habis tiket untuk waktu tu. Laknat betul

Balik ke teknik adaptasi ni, filem Hindi bertajuk "1920" pon ada teknik adaptasi jugak. Bukan maksudnya jalan cerita dia 100% sama dengan filem sumber tapi ada penyesuaian dengan suasana tempatan di India. Filem ni sebenarnya filem bercorak seram.

Hantu dalam filem ni lawak skit dekat2 penghujungnya... hahaha.... dia panjat tiang macam cicak... Nampak macam excorcist atau exorcism of emily rose pon ada... lain2 tu India masala la sebab last skali antu lari dengan mantra anuman chalisa, takyah pakai hly water.... xseram langsung filem antu India... hahaha....

Filem Tamil macam filem bertajuk Anniyan pon sempoi gak... Aku suka tengok filem Tamil n Telugu lagi daripada filem Hindi... Leh tengok style yang berbeza.

Copyright © 2009 PonMan Creative Mind All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.